Friday, August 30, 2024

Throwback Kijal

6 & 7 Feb 

Lawatan ke Kijal yang terletak dalam daerah Kemaman ini sempena Nabila outstation. Jadi ada peluang kami pun join ajelah. Haikal tak dapat nak turut sama sebab ada kelas di IIUM sana.

Jarak Kijal dengan tempat tinggal kami ni dalam sejam setengah lebih kurang. Takdelah jauh mana.

Pulau Ular dan Pulau Lang. Air laut masa ni cantik betul

Bertolak agak lewat dan dalam perjalanan singgah dulu kat pantai area Sungai Ular ni. Berdekatan dengan Lis Na Ree Resort. Dulu kami pernah menginap di sini selama 2 malam. Pantai dia bersih. Masa tu cuma ada camping ground aje, sekarang nampak makin cantik dan parking pun dah berturap. Petang petang ada gerai lagi.

Ni foto Lis Na Ree Resort yang pergi dulu 


Sekejap aje sini teruskan perjalanan ke Pantai Penunjuk Kijal. Setibanya di sini terus pasang meja kerusi camping dan makan makan dulu kat sini. Memang sedaplah makan nasi bekal dengan suasana macam ni. Walaupun pun tengahari tapi banyak angin dan redup sebab banyak pokok.

Lepas makan kami temankan Nabila yang ada urusan di kawasan industri Telok Kalong. Selesai kerja kami datang semula ke pantai yang sama tapi sebelah sungai dan batu batu besar. Yelah masa datang tadi tengahari, nak lah enjoy view petang pulak.
 
Cantik bersih pantai ni. Sungai yang bersambung dengan hujung pantai ni pulak lawa sungguh dan sangatlah jernih airnya, kebetulan pula kami sampai masa ni. Memang mantaplah.


Puan aje ditulisnya. Bukan kena tulis puang ke dah alang-alang Ganu hehehe

Singgah solat kat surau nelayan
dan minum minum  kat gerai Kopi Penunjuk di sebelahnya 



Jeti nelayan di sungai 

Ada budak budak mandi sini. Memang selamat tempat ni sebab air cetek aje hujung tu




Sungai ni nampak jernih berkaca. Time ni 5 petang

Pantai Penunjuk Kijal


Masa ni dah dekat nak maghrib. Bilik belum dapat. Nampaknya chalet harga patut semua dah penuh. Cari punya cari jumpa Homestay Balkis yang dekat dengan laut dan tinggallah kami semalaman di sini. 

Rumah ni ada 2 bilik. Aku bagi rating 3/10 kat homestay ni. Sebab walaupun serba cukup malah ada lebihan toto dan bantal tapi kurang bersih. Rumah nampak usang dan tak macam ready untuk menerima tetamu. Hari pun dah malam.  Sabor dan tidur ajelah.

 Apapun view sini memang best. Gambo gugel je ada

Untuk makan malam kami bertiga ke Restoran Acu Try Test. Suasana kedai ni luas dan lapang. Kami try order goreng goreng. Rasa makanan sederhana. 

 Pondok belakang homestay. Lepak sementara menunggu owner hantar kunci

Esok tu lepas check out kami ke kawasan industri semalam untuk urusan Nabila sekejap. Waktu lunch kami tapau makanan terus ke Pantai Kijal buka meja kerusi dan makan. 

Berehat rehat santai sini dulu lepas makan. Best banyak angin. Setelah itu baru sambung sekali lagi kerja Nabila dan terus gerak balik. 

Semalam piknik hari ni piknik lagi



Dekat nak sampai Batu Hitam, Haikal call bagitau kelas dah habis dan ajak makan. Jomlah... ayah turutkan aje. Jumpalah kami semua dengan Haikal di sana.

Nippon Sushi Kuantan 

Wednesday, August 28, 2024

Cameron Highland Aidilfitri

12 - 15 April ( 4 hari 3 malam )

Day 1

Balik dari Manjung Aidilftri yang lepas, kami buat keputusan ada lebih baik singgah dulu Cameron. Tempat favourite. Selain dapat bercuti lagi walaupun bulan sebelumnya dah pergi, dapatlah jugak aku elakkan jem kalau balik ikut WCE atau Plus. Banyak kali kena jem area Kuala Selangor tu.

Untuk kali ni aku pilih stay kat Santai Desa Chalet Brinchang untuk 2 malam pertama. High rating aku tengok dalam booking.com. Comel je chalet ni. Bersih, selesa dan harga pun murah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Depan Santai Chalet 

Untuk makan malam kami ke Centrum Brinchang. Cantik jugak tempat ni ada banyak lampu lampi. Kali kedua mai sini. Tak tau nak makan apa, tinjau punya tinjau akhirnya kami makan kat Marry Brown.
 

Antara hidangan malam ini

Day 2

Pagi yang semestinya dingin hari ini. Untuk sarapan kami ke Restoran Naimah Brinchang. Sedap sedap menunya terutama nasi lemak. Banyak kali dah makan sini.


Next kami ke Cameron Valley - Tea House 1. Menarik tempat ni malah lebih menarik dari Ladang Teh Boh Sungai Palas atau Cameron Valley Tea House 2 dan 3 di Kuala Terla. Siap ada air terjun lagi. 

Sini boleh pilih nak naik buggy ataupun jalan kaki untuk turun ke bawah. Tapi nampak macam semua orang naik buggy je. Harga untuk buggy RM15 seorang dewasa dan RM7 untuk kanak kanak. Jalan kaki RM4 sahaja.

Ladang teh ni masih baru. Kalau naik dari Tapah akan jumpa Tea House ni dulu. Nabila yang bagitau tempat ni viral sebab ada air terjun. 

Parking area

Kot mana pun scone kena try dulu walaupun dah kenyang sarapan

Tempat menunggu buggy depan Tea House 

Jom gerak ke bawah

Sampai dah

 

Best melepak sini



Selain boleh enjoy air terjun, boleh jugak panjat trek sampai ke atas sana





Atas puncak dekat signboard Cameron Valley Tea. Rendah je bukit ni, sesiapa pun boleh naik 

Sebab makan pagi tadi agak lambat, kami skip lunch, jadi dinner wajiblah keluar awal. Kami ke Highland Steambot. Pukul 5 dah ada sana. Ingatkan dah terpaling awal, rupanya orang lain lagi awal.

Bulan lepas dah datang makan bulan ni mari lagi. 

Tu dia steambot sedap sudah mari

Macam macam ada. Jenuh makan seafood. Paling aku suka ABC sendiri bikin

Day 3

14 April ni birthday Arif Haikal anak lelaki seorang. Jadi birthday tahun ni kat Cameron lah. 

Makan pagi ni depa ajak cuba Abang Strawberi Taman Sedia. Walaupun dah banyak kali datang Cameron tapi kali ini baru nak try.

Ceria sungguh deko kedai ni. Merah menyala

Menu di Abang🍓. Sekali tengok dah macam dekat Marry Brown je

 Makan nasi lemak merah untuk kali pertama. Sedap juge menu sini 

First time parking kat laluan belakang Taman Sedia dan melintasi jambatan ni

Lepas checkout dari Santai Desa Chalet, kami ke Centrum. Makan lagi walaupun aku masih kenyang masa ni. Depa yang makan banyak aku sikit aje. Jalan dengan orang muda ni memang asek kena makan aje.


Besday boy dulu dan kini 

Habis Centrum kami check in di Golden Hill Apartment. Menarik pulak suasana rumah ni. Cerah dan ceria. Lapang rasa.


Semua orang suka viewnya yang nampak keliling macam ni

Dah ada dapur wife aku masak nasi dan goreng telur makan bersama pek lauk segera dendeng daging Dapogo dan sambal talang masin Abang Shukor. Sedap menu ni sila cuba 

Wah tebalnya kabus. Ni baru Cameron Highland. Sampai tak nampak dalam rumah. Boleh eksiden dibuatnya kalau biar sliding door ni terbuka
Day 4

Untuk makan pagi kami ke KHM Taman Sedia

Scone lagi. Berapa banyak scone mau makan laa. Depa berdua suka sungguh 


Sampai masa kena balik ke Kuantan semula. Lepas check out terus memulakan perjalanan. Kami menggunakan laluan sungai Koyan sekali lagi.

Singgah kejap tempat ni.

Empangan Susu yang nampak menarik

Masjid yang cantik

Dalam perjalanan singgah kejap Masjid Sungai Koyan. Banyak kata kata hikmah dan nasihat yang menarik hati terpampang dekat area parking ni.