Friday, April 27, 2012

Asie D'or

Catatan 7 April

Hari hari cuti macamni takkan nak lepak kat bilik je. Takde apa nak dibuat. Ada lebih baik keluar.... ada aktiviti sikit. Paling tidak pun boleh menjamu selera dengan Filet O Fish kat MCD atau makan kebab. 









On the way balik kami turun area Gient. Tujuan utama nak try masuk kedai jual barang asian. Ada sorang mat saleh kat opis bagitau aku sini ada asian supermarket. Jalan jalan kali ni jumpa laa kedai ni, rupanya tak jauh pun dari Gient. 

Masuk dalam tengok takde banyak sangat barang...dapat la maggi halal, serai dan daun limau purut. Barang lain kebanyakan semua sama macam kat Gient. Aku ingat ada daun cenehom, timun ke.. kot kot boleh pekena laksa ke apa, tak ada le nampak nya.