Catatan Ahad 24 Mac
Ahad lepas kami ke tepian pantai di Larmor Plage kira-kira 6km dari Lorient. Naik bas nombor 51 di Gere de Exchange. Semua ni atas maklumat seorang Indonesia yang aku jumpa masa solat Jumaat di Masjid Lorient. Terima kasih.
Bercakap pasal sembahyang jumaat, syukur aku kerana masjid dekat aje dengan pintu pagar DCNS, jadi tak de masalah berjalan, cuma khutbah dalam bahasa Turki yang tak faham sepatah pun.
Sebelum ke tepi pantai, sempat jugak ke Giant atau di tulis sebagai Gient Casino. Depa kat sini segala benda nak ditukar ke bahasa France, sampai nama khas pun mau tukar ke? Tak beli banyak barang, sekadar tupperware untuk aku senang bawak bekal makanan, maklumlah tak berapa lalu aku nak makan kat kantin DCNS tu.
Sampai di pantai sudah tengahari. Walaupun matahari bersinar terang, suasana tetap sejuk, tambahan pulak bila kena tiup angin. Macam biasa le, makan dulu baru tengok pemandangan. Terasa sungguh lazat nasi berlauk ayam dan roti yang kami bawak bila makan kat sini. Mat saleh sini pun bukan main suka lagi sun bathing.
Boleh tahan cantik pantai Larmor Plage ni. Cuma masa ni air tengah surut, habis semua batu nampak. Laut kebiru-biruan dan pantainya agak panjang. Aku tengok ada banyak Campevan kat hujung sana. Nampaknya musim bunga sudah bermula dan suasana semakin ceria.
No comments:
Post a Comment