Syukur Alhamdulillah dengan keputusan UPSR anak lelaki aku baru-baru ni. Dia dapat 5A. Semua ni anugerah dari Allah dengan dibantu hasil tunjuk ajar emak dia yang sentiasa mengambil berat akan pelajarannya plus usaha dia sendiri.
Sebenarnya sebelum ni ada jugak subjek yang agak merisaukan iaitu Pemahaman dan Karangan. Tak berputus asa dekat nak periksa emak dia bagi latihan pemahaman dengan banyak dan bab karangan pulak, cikgu kelas suruh salin karangan sampai nak muntah dibuatnya.

Seminggu lepas tu aku pulak kena naik pentas di Sekolah Agama sempena dapat hadiah untuk Pencapaian UPKK tahun lepas, yang ni dia dapat 8A. Aku kena naik pentas bukan apa, ini adalah tradisi sekolah ni di mana ibu atau bapa yang dikehendaki menyampaikan hadiah kepada anak masing-masing.
Hari tu Cikgu call rumah dan suruh apply mana-mana asrama penuh. Sebenarnya kami tak cadang nak hantar dia mana-mana asrama kecuali dia bersungguh-sungguh nak ke sana. Bagi aku tak de apa kurangnya kalau sekolah di Manjung sekalipun.
Masa aku student dulu pun
ramai aje member aku yang sekolah harian cemerlang dalam pelajaran malah
ada yang dah professor pun sekarang. Lagipun anak ada dua aje, tak puas
tengok depa membesar depan mata. Semoga keputusan ini merupakan
keputusan yang tepat dan diberkati Allah.
1 comment:
cikgu sekolah... kerja lain taK dak... suruh menyalin ja kerjanya.... senang hidup....
Post a Comment