Catatan 24 November 2014
Phi Phi Island Package
Pagi pertama yang ceria di Ao Nang . Oleh kerana Package Phi Phi Island yang aku book semalam akan datang pick up kami 8.30 pagi, maka sempat lagi untuk bersarapan di gerai halal berdekatan dengan hotel Luna ni.
Gerai makan pagi... sini jual bungkus tapi kalau nak makan kat sini pun boleh
Untuk pagi ini kami makan laksa (kuah macam rendang pedas, tapi sedap betul), bubur nasi dan nasi goreng. Harga makanan dan minuman kali ini RM15.
Kat sini jugak siap-siap kami makan ubat tahan mabuk maklumlah seharian di lautan risau pulak kalau-kalau tak tahan nanti.
Minuman yang sangat manis... orang sini memang minum manis agaknya. Beli 3 gelas ni memang tak boleh habis. Hari berikutnya aku beli 2 aje pastu tambah air
Kucing Siam yang hensem dan gebu... jinak pulak tu
Tepat 8.30 pagi Barracudas Tour pun datang pick up kami dengan van terus menuju ke Pantai Ao Nang dan berkumpul dengan orang lain di sana. Cukup masa kami pun bertolak dengan menaiki speed boat. Memang tak ada jeti untuk transfer penumpang ke speed boat, jadi awal- awal lagi dah basah.
Macam-macam bangsa ada dalam trip ni, Mat saleh, Cina, Siam dan India. Orang Melayu aku aje sekeluarga. Speed Boat ni memang laju, tapi takdelah sampai sakit pinggang atau sakit tulang belakang sebab hentakan yang macam aku baca. Kalau bumping setakat macam ini ok aje bagi aku. Mungkin sebab cuaca cantik bulan November ni. Alhamdulillah.
Kepulauan Phi Phi
Aku suka dengan pemandu pelancong yang berbaju kuning ni sebab dia ceria dan pandai buat lawak. Lagi-lagi dia boleh berbahasa Melayu.
Bamboo Island ini ternyata mempunyai pantai yang sangat luas dan lebar. Airnya pun jernih dan cantik. Kat sini ada bilik air untuk pengunjung. Masa sampai sini memang panas terik, jadi jangan sesekali lupa bawak topi, spek mata dan sapu muka dengan sun block siap siap kalau tak mau hitam legam... hehehehhe.
Lagoon yang sangat cantik. MasyaAllah. Sangat jernih sampai bot-bot kelihatan tergantung. Kalaulah dapat snorkeling kat sini mesti lagi best. Tapi aku nampak macam tak ada ikan pun. Agaknya sebab coral kat kawasan ni habis mati kot.
2nd Stop : Snorkeling at Nui Bay
Tempat snorkeling ni memang best. Airnya sangat jernih dan ada banyak ikan warna kuning. Kedalamannya lebih kurang 3 meter kalau aku tak salah dengar. Seronok tengok depa snorkeling di sini. Aku pun turun jugak tapi kejap aje. Aku naik atas dan amik gambar sambil menikmati view yang indah ni.
Anak aku sedang terapung
Elok aje depa ni snorkeling walaupun kali pertama
3rd Stop : Snorkeling at Monkey Island
Snorkeling kat tempat ni lagi best. Ikan dia lagi banyak. Aku rembat aje kek yang disediakan dan bagi makan ikan. Wow.... seronok tengok ikan berebut-rebut makanan. Airnya pun sangat jernih. Bila aku campak kek dekat depa bertiga, habis depa kena kerumun dengan ikan, Nabila sampai kena gigit dengan ikan.... hahhahahahaha
Sambung perjalanan ke Monkey Island
Ke sana ke mari aku campak kek... bestnya tengok ikan-ikan ni
Kat Monkey Bay ni ada jugak bot yang berhenti sampai tepi pantai... Barracudas pulak berhenti untuk snorkelling. Ada 2 mat saleh dari bot ni yang gigih pegi berenang sampai ke pantai.
4th Stop : Viking Cave
Air kat tempat ni pun jernih jugak. Memang sungguh menarik. Tempat ini tidak boleh singgah kerana ianya private place kepunyaan sebuah syarikat yang mengusahakan bisnes sarang burung.
Ikan kat sini pun banyak jugak
Leaving Viking Cave
5th Stop : Pileh Bay
Lagoon yang sangat cantik. MasyaAllah. Sangat jernih sampai bot-bot kelihatan tergantung. Kalaulah dapat snorkeling kat sini mesti lagi best. Tapi aku nampak macam tak ada ikan pun. Agaknya sebab coral kat kawasan ni habis mati kot.
Lets go to Pileh Bay
6th Stop : Maya Bay and Loh Samah Bay
Ini tempat penggambaran filem The Beach lakonan Leonardo Dicaprio, walaupun aku tak penah tengok pun cerita ni... hehehhe. Air kat sini memang jernih dan pasirnya pun putih bersih.
Tapi yang kurangnya banyak sangat bot dan ramai orang jadi kurang selesa nak mandi. Tapi anak-anak aku mandi jugak... apa depa kisah. Belakang pantai ni ada Loh Samah Bay yang boleh pergi dengan berjalan kaki. Anak isteri aku aje yang pergi sana sementara aku lepak tepi pantai.
Maya Bay
Loh Samah Bay... memang menarik
Deretan Long Tail Boat
Sehari bersama Barracudas Tour
Air mineral, air oren, kek apollo dan buah tembikai ada disediakan
Ini memang stop yang paling favourite sebab semua orang dah kelaparan. Bertambah lapar sebab kena berjalan kaki ke tempat makan. Makanan ni memang halal sebab tempat ni diusahakan oleh seorang imam menurut staf dia yang boleh cakap melayu.
Boleh tahan rasa makanannya dan dalam suasana macam ni bertambah selera jadinya. Kami diberi masa sejam lebih di tempat ini.
Welcome to Phi Phi Don
Phi Phi Don ni ada macam macam dari gerai makan, masjid, hospital dan jualan pelbagai souvenir. Harga lebih sikit le.
Habis Phi Phi Don, speed boat bergerak pantas menuju Naporatharat beach untuk menurunkan semua penumpang. Tamat perjalanan untuk hari ini. Memang sangat best dan berbaloi join pakej ni. Puas hati betul.
Naporatharat Beach
Sampai hotel semua orang tergolek golek letih. Ajak keluar makan malam pun depa tak nak. Aku pun apalagi pegi aje la keluar tapau makanan malam tu.
*
*
Perbelanjaan hari ini :
Sarapan - 15
Makan malam - 27
Jumlah : RM42
No comments:
Post a Comment