Monday, June 27, 2016

Menghantar Nur Nabila ke UITM

23 & 24 May 2016

Segala puji bagi Mu ya Allah yang telah memudahkan urusan kehidupan hamba Mu yang lemah ini. Dengan anugerah Mu, hari ini kami dapat menghantar anak sulung kami Nur Nabila melanjutkan pelajarannya ke IPTA.

Lega dan sungguh gembira rasanya bila dapat tahu Nabila dapat offer Uitm pada 16 May yang lalu. Maklumlah persaingan ke IPTA semakin sengit sekarang. Ini semestinya rezeki yang wajib disyukuri banyak banyak.

Selain dari UPU aku jugak mohon beberapa IPTS sebagai backup termasuk UNITEN, UTP dan Kolej Teknologi Perak. Akan tetapi tengok yuran dia agak ngeri aku.... UNITEN misalnya yuran entry saja dah RM2610. Yuran satu semester pulak RM6200 dan ada 3 semester untuk program Foundation saja. Belum masuk sewa apartment dan duit makan lagi. Tiga - tiga Nabila dapat offer dan terpaksa ditolak. Terpaksalah sangat...boleh jimat sapa mau bayar lebih??? 

Ada masa seminggu dari tarikh tawaran tu. Maka bermulalah wife aku berulang alik ke kedai untuk membeli pelbagai keperluan termasuk pakaian wajib semasa minggu orientasi. Macam-macam kena bawak, maklumlah student baru.

Oleh kerana pendaftaran start 8.30 keesokan paginya,  maka aku pegi sehari lebih awal. Call beberapa hotel berdekatan. Kebanyakan hotel berdekatan Uitm penuh. Hotel Uitm pulak tutup sebab tengah renovation. Hotel Palma Inn pun penuh. Akhirnya aku dapat bilik terakhir di Hotel Sri Pauh...kena tambah tilam sebab family room pon habis. Itulah lain kali sila booking lebih awal. 

Maka pada petang Isnin kami pun bertolak ke Permatang Pauh untuk urusan seterusnya. Senang jugak rupanya nak ke Permatang Pauh ni, masuk je Plus dari Tol Changkat Jering terus sampai Seberang Perai dan susur keluar Bukit Mertajam/Butterworth.

Pagi pagi lagi lepas check out dan sarapan kami terus ke Uitm. Masuk kawasan Uitm ni mengingatkan aku masa mula-mula masuk UKM dulu lepas tamat Matrikulasi di SAS. Dulu tak de sapa nak hantar aku,  dan aku cuma tumpang kereta bapak saudara aku. Terima kasih Paklong Jaafar, jasamu dikenang. Maklumlah UKM tu jauh dan ayah aku kurang mampu nak bawak family datang menghantar. Semua urusan aku buat sendiri.









Hari tu lepas serch internet Nabila ada bagitau kalau dapat kolej dalam gambar tu mesti best sebab nampak cantik dan baru. Rupanya betul dia dapat. Alhamdulillah. Aku tengok suasana dalamnya agak best, apartment 2 bilik yang selesa untuk 8 orang lengkap 2 bilik air di dalam dan meja belajar di hall. Cafeteria bangunan sebelah aje dan kat ground floor ada mesin basuh berbayar.

Walaupun kami sampai agak awal, rupanya sudah di kira lambat sebab orang lain lagi awal. Mungkin depa datang sesudah subuh gamaknya....macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok...heheh. Risau Nabila takut tak dapat katil dan almari idaman dia. Naik atas rupanya bilik dia baru sorang je yang dah masuk. Yang penuh tu bilik satu lagi. Satu bilik untuk 4 orang. Sudahnya Nabila bebas memilih tempat yang dia nak. Itu rezeki namanya. 

Tengah dok melepak-lepak sementara berkemas-kemas terasa bahu aku ditepuk. "Hang kenai dak aku"?  Sekali aku berpaling serta merta aku kenal sahabat UKM aku ni walaupun dah 22 tahun tak jumpa " hang ni Mat kan ?" Memang betullah Mat atau Muhammad budak Kedah, tapi dulu dia amik Mechanical Engineering. Rupanya dia sekarang Lecturer Uitm dan anak dia  satu apartment dengan anak aku.

Memang seronoklah jumpa kawan lama macam ni. Borak punya la kuat tak hengat........hahahhahaha.




View luar tingkap



Oleh kerana aktiviti start 3.30 petang, ada masa lagi kami bawak Nabila ke Mydin. Makan-makan dan beli lagi beberapa barang keperluan. Dalam pukul 3.00 hantar dia balik. Tepat masa aktiviti di mulakan dengan berjemur dan duduk tengah panas. Nasib baik  payung dah ready. Untung Nabila dapat bapak yang prihatin macam aku ni........padahal uminya...hehehehehe.




Aku dah agak Minggu Orientasi ni memang padat dan sangat meletihkan. Nabila ada bagi tau, ada lif depa suruh naik tangga. Kena marah perkara biasa. Adatlah mana - mana IPTA pun macam tu.

Tak sampai hati aku nak suruh ikut cara aku dulu. Dulu most of the time, aku berlakon macam nak pergi aktiviti lepas tu bila tengok orang semua dah pergi, aku masuk bilik semula dan selamba aje tidur......hahahhahaha. Aku dah agak tak de sapa nak datang check punya. Lagipun Kamsis aku jauh atas bukit sana. Maklumlah budak asrama memang banyak idea. Selamat dan santai......hehehhehe. 

Maka bermulalah perjalanan hidup puteri tunggal aku ini sebagai pelajar. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Baru beberapa hari Umi dia dah mula rindu......nampaknya kerap le aku kena ke Permatang Pauh....adeh.


Gambar ni masa pergi kali kedua nak bawak balik Nabila abis orientasi. Ada cuti seminggu sebelum start kuliah.