Thursday, November 2, 2017

Amazing Perth and West Australia : Day 4

18 October 2017

Big4 Middleton Park - Sharp Point - The Gap - Green Pool - Denmark Animal Farm - Augusta

Hari ini pun kena mengunjungi  banyak tempat dan travel jauh lebih 400 km. Maka pagi-pagi lepas sarapan dan berkemas semua kami pun menghidupkan motorhome dan menuju destinasi pertama untuk hari ini.

GPS aku memang dah set The Gap, tapi entah macam mana dia menuju tempat lain pulak. 

The Sharp Point. Awesome and breathtaking view

Rumah-rumah mat saleh...on the way menuju ke Sharp Point 


Agaknya aku salah tanda koordinit kot. Ia membawa kami ke unplanned attraction iaitu Sharp Point. Laluannya pun tanah merah aje. Tapi inilah kesilapan yang menguntungkan.

Maha hebat Allah. Walaupun tiada promosi tempat ni dalam main attraction Albany, view tempat ini memang luarbiasa. Tidak keterlaluan tempat ini lebih hebat dari the Gap cuma kurang dibangunkan atau dipromosi.

In real life, view di sini berkali ganda lebih cantik dari gambar ini. Ombak yang berdesir menghamburkan buih-buih putih memang memukau mata


Kawasan ini dipenuhi pokok-pokok bunga hutan...cantik sungguh








Keluar dari Sharp Point, berpandukan Google map di handphone, aku menuju ke The Gap yang sebenarnya di seberang sana sahaja dengan Sharp Point. Sekejap saja sampai sini. Terus kami parking motorhome. Parkingnya berbayar, aku gunakan kredit kad untuk tujuan itu.

Hebat juga tempat ini. Suasana agak sejuk dan angin bertiup kencang, Sapa yang pernah jejak kaki di the Gap ni mesti tau perasaan seram bila jenguk laut ke bawah dari platform hujung sekali tu. Tak berapa sanggup nak berdiri lama, rasa macam nak jatuh aje. 

Ini baru di dunia, bagaimana agaknya meniti titian sirat yang di bawahnya jurang neraka? Ya Allah selamatkanlah kami semua.

On the way ke main road, terjumpa pulak shawn the sheep kepala hitam ni

The Gap dari jauh



The Gap ni ada lagenda tersendiri iaitu kisah pertelingkahan dua beradik pada zaman dahulu


National Bridge



Selesai the Gap aku ke destinasi seterusnya iaitu Green Pool. Tempat ni pun menarik dan suasana memang indah. Itu pengamatan aku dari atas tebing ini. Tapi aku yang agak keletihan dan bercadang mengumpul tenaga untuk perjalanan jauh mengambil keputusan tidur aje di dalam motorhome yang selesa ini sementara orang lain turun sampai ke pantainya. 

View yang cantik on the way ke Green Pool







Destinasi seterusnya adalah Denmark Animal Farm. Entry dia AUD14 seorang. Dapat makanan sorang sepeket untuk diberi makan kepada haiwan haiwan nanti. 


Dekat nak sampai Denmark Farm jumpa ladang biri biri ni...singgah kejap. View macam kat New Zealand  





Memang puas hati la tempat ni. Binatangnya semua jenis jinak-jinak dan manja belaka. Mesti well trained kalau macam ni. Bagi aku paling best adalah Alpaca dan Kangaroo.

Senyum kambing


Habih hati le tu dapat bergomol dengan arnab


Alpaca adalah binatang paling glamour kat sini. Rupanya pun sangat comel dan ia sangat jinak. Sejenak tentang Alpaca, binatang ini asalnya di bawa dari South America ke ladang ini untuk diternak seperti biri-biri dan di ambil bulunya. Akan tetapi kadar pembiakan Alpaca ini rupanya sangat rendah, maka tinggalah Alpaca ini menjadi haiwan pameran.  

Tu dia Alpaca yang lebih kacak dari kangaroo sudah mari


Mamat ni beria ria dia bagi botol susu kat anak anak aku untuk disuap kepada haiwan-haiwan tertentu

Aktiviti ni memang fun...seronok depa mai sini




Apala nama binatang ni taktau...spesel botol susu dia 

Sesi memberi makan




Yes berjaya !!!! dah lama wife aku teringin pegang biri-biri.  Sebelum ni semuanya jenis liar dan asyik lari aje

Walaupun Alpaca lebih kacak dari mu....tetapi gaya lompatanmu tetap menjadi pojaan hatiku

Habis tempat ni perjalanan di sambung lagi menuju ke Augusta. Jauhnya jarak perjalanan ke Augusta ni. Kiri kanan hanya hutan rimba dan pokok-pokok balak aje yang kelihatan. 


Tips : Jangan sesekali lupa isi minyak sampai penuh sebelum bertolak, sebab stesen minyak kat sini jauh baru ada dan tutup awal pukul 6. 

2 comments:

casa nayafana said...

Betul Amran.....bila sesat kekadang blessing in disguise....Aku ada dengar Sharp point ni sebelim pergi dulu...tapi tak cukup masa....at leat hang sampai....untungla..... Memang awesome gambarnya.....
Denmak Alpaca Farm tu memang best dan murah berkali ganda dari yg kat Perth tu... Rindu kat Alpaca yg namanya James....dan kambing yg hyperactive ada loceng kat leher dia......
Memang seriau betul atas Torrndirrup National Park tu...wife aku tak tahan......Gayat......
Green Pool tu sayang tak banyak masa.....Kalau tak mandi situ memang beat giller.....tapi sojuk la time ni kot......
Yang part parking kat The Gap tu masa pergi aku tak brapa faham cara nak bayar parking....termasuklah satu dua org tourist lain...last last tak bayar pun...nasib baik tak kena saman huhu......
Kenangan semalam menggamit kembali....

am said...

Mula-mula seriau jugak aku nak lalu jalan tanah merah tu takut sangkut. Alang-alang dah masuk redah ajelah.

Denmark Farm tu aku dah agak memang best sebab tengok anak-anak hang punya enjoy tempat tu. Betuila hang cakap tempat ni memang lagi berbaloi pi...puas hati.

Green pool tu anak aku plan jugak nak mandi...memang sejuk pun yaye.
Pasal kenangan ni memang sweet la...sampai sekarang kami dok flash gambar kat PS3 anak aku tu.