Wednesday, November 20, 2019

Pertemuan 3 Penjuru


13 - 16 September

Dua orang kat Perak, sorang kat Pahang dan sorang kat Penang. Nampaknya dah terpisah merata ahli keluarga aku ni. Tak boleh jadi ni, kena organize meeting point yang sesuai dan mudah untuk semua orang. 

Aku search flight Kuantan - Penang, tengok ada Firefly yang macam berpatutan saja harganya. Search pulak cuti yang bersambungan, nampaknya 13 - 16 September adalah tarikh yang sesuai sebab 16 haribulan tu hari Malaysia. Maka aku pun book tiket untuk anak aku pada tarikh tersebut. Dapatlah 3 malam untuk perjumpaan sekeluarga ni. 

Jumaat pagi-pagi tu aku dan Nora dah bertolak ke Penang. Singgah sarapan kat kedai makan kak ipar aku ni, letaknya betul-betul sebelah Masjid An Nawawi Pengkalan Baru Pantai Remis. Pilihan kuih dia sangatlah banyak. Macam-macam menu ada sini. 

Yang pakai lebai tu tokei dia Abang Sudeen biras aku... pernah pegi Perth dengan aku dulu 

Ni orang kampung aku... Che Ani nama dia. Best friend arwah ayah aku. Pak Long Che Ani ni kira lejen la dulu-dulu. Kalau ada kenduri-kendara masa gotong royong dialah celebriti tumpuan. Pandai buat lawak dan penglipurlara terkenal. Sekarang slow sikitlah. Cerita yang sering dia ulang bilamana dia, ayah aku dan sorang lagi tu masa depa kecik-kecik dulu pergi lastik sarang tebuan, pastu lari masuk dalam kelambu. Malangnya kelambu tu berlubang, dipaksanya member sorang lagi tutup dengan jari. Naya la member tu kena gigit tebuan... adehhh

Selesai sarapan terus gerak. Dalam perjalanan tu singgah dulu menziarahi emak aku di Pondok Nur As Salam, Selama. Emak aku ni baru 2 minggu tinggal pondok sini. Selesa dan sistematik nampaknya tempat ni. Kemudahan pun ok. Alhamdulillah. Masa ni mak aku belum boleh balik ke rumah selama 40 hari dari tarikh mula masuk tu... tu syarat sekolah bagi.

Nampak sihat mak aku kat pondok ni


Bahagian depan dan belakang pondok ni mengadap padang jadi suasana sangat lapang. Pondok ni kecik aje sesuailah untuk sorang tinggal. Kalau ada tetamu nak pergi tidur lagi 2 atau 3 orang lepas la 

Lepas bawak mak aku lunch di pekan dan beli blender baru untuk kegunaan mak aku di pondok, ada masa sikit kami ke Air Terjun Tebing Tinggi Selama. Cantik tempat ni nampaknya. Ada chalet lagi, dengar khabar sewanya RM80. 

Rasa macam nak mandi aje tapi malaslah pulak nak bersalin semua lagipun risau takut terlambat pula ke airport nanti. Jamu mata ajelah dulu. Anak-anak aku bukan main teringin lagi tengok tempat ni bila aku whatsapp  beberapa gambar bagi depa tengok๐Ÿ˜„

Menawan bukan?


Chalet ni aje yang betul betul tepi air... yang lain semua ke belakang sikit. Kalau nak mandi kena turun bawah 


Balik dari air terjun tadi aku singgah sini kejap, nak bekalkan sesiap makan petang untuk mak aku nanti sebab kami dah nak berangkat terus jap lagi... ni aje kedai makan yang wujud kat area pondok ni yang aku perasan


Haikal send gambar ni bagitau dia dah nak terbang... kejap je lebih kurang sejam macam tu

Masa pun dah makin dekat untuk mengambil Nabila di UITM dan Haikal di Airport Bayan Lepas. Lepas hantar mak aku, kami terus bertolak ke sana. Amik Nabila dulu kemudian menyeberangi jambatan Pulau Pinang menuju Bayan Lepas. Alhamdulillah masa kami tiba di airport bertepatan sungguh dengan masa arrival Haikal. 

Terus menuju ke penginapan iaitu Woodsbury Studio Apartment, Butterworth. RM413 untuk 3 malam. Sekejap aje sampai pasal jambatan taklah sesak ketika ini. Urusan masuk pun tak lah begitu sukar, isi borang dan amik kunci kat key box dia berdasarkan panduan dari owner. Parking pulak kenalah naik di tingkat 4. Bab parking ni la yang tak bestnya huhu.

Boleh tahan selesa apartment ni. Sangatlah lengkap termasuk bantal yang mencukupi. Ada aircond di dalam bilik dan ruang tamu. Kolamnya pun sangat cantik dan sama level dengan bilik kami di tingkat 8.

Lawa infinity pool ni

View senja



Suasana dalam bilik... katil bujang dan tilam extra pun ada dalam ni

Sesapa yang nak lepas geram ke apa bolehla pegi kat ujung tu


View dari apartment

Kegemaran depa... Butterscotch dan Indulgence. Dia style order bukan ready made sebab brader ni jual dari rumah. Anyway selain nak jamu depa, kek ni jugak sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 22. Happy Anniversary My Dear Wife hehe

Hari Sabtu memang kami tak pergi mana. Lepak bilik, mandi kolam dan keluar makan-makan aje. Maklumlah bukan senang nak jumpa macam ni lagi, paling cepat pun sebulan sekali. 

Sampai hari Ahad depa ajak masuk pulau pulak. Aku ni walaupun banyak kali ke Penang tapi jarang masuk pulau. Aku ok aje cuma suasana asyik mendung aje sejak semalam tu yang susah nak plan apa-apa. Macamanapun lepas sarapan kami menyeberang jambatan masuk ke pulau sekali lagi. 

Timbullah idea spontan nak ke Bukit Bendera. Masuk pulau ni pun takde plan apa-apa. Tempat ni asyik gagal aje sebab orang terlampau ramai. Dulu berjaya naik sekali... itu pun gunakan Jeep. Kalo guna train setakat ni belum berjaya. Memang betullah... tak berjaya lagi. Punyalah ramai orang sampai tak sanggup rasa nak beratur panjang. Dah upgrade facilities ke tak upgrade ke sama aje. Tak de rezeki nak naik le tu. Lain kali kalau plan nak mai sini kena awal-awal pagi.


Masa menunggu yang terlalu lama macam ni menyebabkan semua sepakat kensel aje Bukit Bendera ni

Tak dapat Bukit Bendera tak mengapa. Cari jelah alternatif lain.  Jomlah kita ke Botanical Garden pulak. Masa ni dah 11 lebih. Sekejap aje nak sampai sini. 

Tempat ni memang cantik, tapi cuaca pulak mendung. Jalan-jalan kejap aje dah kena hujan. Musim hujan nampaknya Penang ni. Semua agree nasib baik tak naik Bukit Bendera tadi kalo tidak kena hujan ajelah dah la penat beratur. 

Macam cantik lagi cuaca masa ni




Tak sempat nak lari, semua terperangkap kat bawah pondok kecik ni... tapi anak aku kata ni baru sweet memory macam dalam movie. Adeh

Sikit punya lebat ke macamana mau lari




Lama pulak hujan ni tak mau berhenti. Tengok hujan makin slow, apa lagi berlari-lari teruslah ke kereta. Dah pukul 1 dah masa ni. Lalu area Georgetown, susah nampaknya nak dapat makanan halal sini. Salah tempat nampaknya. Cari gerai Melayu haram tak de. Dah macam Hong Kong aje Georgetown penuh dengan gerai makan Cina. Jem teruk pulak kat sini tiba-tiba. 


Terpaksa la menuju satu shopping Centre sebelah Komtar. Confirmlah ada banyak restoran kat dalam tu. Settle.

Dah petang sikit depa ajak ke Padang Kota pulak. Paling koman orang Penang kata boleh makan rojak ke cendol ke. Ramai orang jugak Padang Kota ni pun. Nak parking pun susah. Tapi dah memang rezeki, Alhamdulillah ada satu parking kosong yang strategik betul. Bagus.


Depa pi order pasembor, cendol, ABC dan laksa. Boleh tahan rasanya dan harga pun taklah pekena orang macam dulu-dulu. Peniaga pun takde dah datang serbu cari pelanggan sampai stress macam sebelum ni. Ada perubahan. 



Senyuman aku ni khas sebab aku tengah syok nak makan laksa yang memang favourite aku


Untung brader ni haha... tak berhenti orang beli mainan kat dia



Esoknya lepas check out kami menghantar Arif ke Penang Airport. Masa suntuk nampaknya tulah aku suruh siap cepat depa buat ralit je. Makan McD kat airport pun kena cepat-cepat. 

Tak cukup tu ada lawak last minit iaitu pengumuman di PA system "Diminta penumpang terakhir Arif Haikal datang segera ke balai perlepasan". Aku ingat domestik bolehlah lewat-lewatkan sikit rupanya tak boleh juga. Mendapatlah satu airport dengar nama dia ....๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Sekejap benor flight Penang-Kuantan ni. Belum sempat hantar kakak dia, dia dah call bagitau selamat mendarat. Tak sampai sejam rasanya... Alhamdulillah. 

Lunch @ Bangkok Station Bandar Perda. Nabila kata kedai ni agak top kat sini. Masa tengah nak makan ni lah Arif bagitau dah sampai... tambah senang hati la nak makan hehehe

Selesai menghantar Nabila pulak, kami suami isteri bertolak ke Manjung. Selamat tinggal sayang-sayang sekelian.

2 comments:

m.u.l.a.n said...

Kuantan-Penang ada flight ke? Woowww best ni..

am said...

Ada... Fire fly direct. Kalo AA singgah KL dulu