17 SEPT 24
Hari ni Selasa hari ke 8 kami berada di Vietnam. Menu nasi lemak untuk pagi ini. Hari ini juga ada dua tempat nak pergi melawat iaitu Dalat Fairytale Land dan Fresh Garden Dalat memandangkan keduanya dalam satu laluan.
Sambal sotong comel comel
Semua orang dah ready jadi jomlah kita gerak. Setiap hari plan konon nak keluar awal tapi bila sampai masa jadi lewat juga. Haha.
Dalam pukul 9 pagi baru bermotorsikal ke Fairytale Land. Jarak ke sini dalam 3km ikut laluan motor. Sekejap aje dah sampai. Harga tiket dia RM14 sorang dewasa. Aku syak harga berubah ubah tak sama macam dalam internet, ikut currency ke apa tak tahulah aku.
Attraction ni start buka jam 7.30 pagi sampai pukul 5 petang.
Hujan renyai renyai, pakatlah pakai baju hujan. Tiba lepas keluar sekejap, berhenti pula. Tak lama hujan balik sampailah ke Fairytale berhenti semula. Main main betul hujan pagi ni
Jom masuk ke Fairytale Land
Cantiknya depa deko tempat ni. Menarik dan kreatif. Set dia macam Shire kampung halaman the Hobbiton. Ada perempuan saiz hobbit dan ahli sihir. Bunga bungaan dia pulak memang colourful.
Budak budak dan orang pompuan suka sangatlah tempat ni. Banyak spot untuk ambik gambar. Susunan pokok dia style padat dan dekat dekat. Kawasannya pun tak besar mana jadi sesuai sangatlah untuk yang nak jimat kaki tak nak berjalan jauh😄
Hobbit House
Pusing pusing tempat comel ni memang terhibur. Ada pulak kolam ikan macam ni. Bertambah bestlah.
Tak cukup bergambar kat bawah, panjat pulak bergambar kat atas burung helang ni
Tiba tiba nampak berderet rombongan budak budak. Kecik comel je. Mendengar kata dan disiplin pulak tu.
Macam lukisan je taman bunga ni
Ada sorang Mat Saleh tu tegur, tanya aku ni Malaysian ke. Aku jawab ye. Dia tanya kenapa ramai Malaysian kat Dalat ni. Aku katalah sebab sekarang di Malaysia musim cuti sekolah dan ada banyak pakej murah kalau nak datang sini.
Rumah hobbit di mana mana
Habis pusing pusing tempat ni, kami ke tempat yang lagi satu iaitu Fresh Garden Dalat. Dekat aje lokasi garden ni dari sini. Dalam 1 km.
Parking motor dia terletak di bawah bangunan kedai. Perlu jalan kaki sikit nak ke garden. Exercise sikitlah, sejuk sejuk macam ni ok je.
Kena jalan kaki melalui gerai gerai jualan ini untuk ke Fresh Garden dari tempat parking
Harga tiket tempat ni RM19. Fuh masuk aje tempat ni terus terpesona kami, disambut dengan bunga bungaan yang terbentang indah. Saujana mata memandang.
Pokok besar yang menghiasi bahagian tengah padang bunga ini mengingatkan kami dengan suasana di Everland Seoul beberapa tahun dulu. Berbaloi mai sini, cantik.
Jalan terus ke depan lagi ada cafeteria, taman bunga dan juga ada kucing serta tangan gergasi.
Tak ade yang lagi besor ke
Tak cukup tapak tangan nyiru ku tadahkan
Ini dia cafe. Jomlah minum minum dulu. Nak makan dah tak boleh.
Ruang makan di tingkat atas cafe
Lepak minum minum sambil tengok ikan dan bunga
View tangan dari atas
Mana mai pulak sampan tengah taman bunga ni
Turun dari cafe tadi terus ke 'time tunnel' yang dipenuhi dengan jam. Dan juga kata kata hikmah. Cantik juge, macam macam idea depa ni.
Habis dah jalan dalam terowong masa tadi turun tangga untuk ke bawah pulak. Sini ada tasik dan hiasan lain lagi.
Jambatan kaca tergantung
Hujung tasik ada gua kaler biru. Banyak merpati putih dalam ni
Lama jugak kami menghabiskan masa di tempat ni. Dari mula mai ramai orang sampailah dah tak berapa ada orang.
Dah, jomlah yuolls. Jenuh dah pusing kot. Kena naik atas semula dari tasik ni untuk balik.
Tinggi pulak rasa bila naik. Tadi turun guna tangga hujung sana, nak naik atas camni pulak laluan dia bagi
Ni gambar last taman bunga depa ambik sebelum balik.
Balik tu plan nak pergi lunch kat restoran. Semalam pun plan yang sama. Tapi itulah bila call beberapa restoran asyik full aje semenjak cuti sekolah ni. Kalau nak juga terpaksa pergi selepas lunch atau dinner hour. Malaslah nak tunggu, lama sangat.
Last last ke Go Dalat lagi haha. Aku tak tahu lah apa barang lagi orang pompuan ni nak topup. Mentang mentanglah ada skuter ke sana sini sukahati deme je mengajak.
Tengah membayar
Menu hari ini. Aku ingatkan kepala salmon ni masak kari rupanya bukan. Wife aku cuma letakkan perencah bihun segera dan adjust sikit sikit katanya. Apapon yang penting sedap haha.
Salmon bakar campur baby sotong dan kacang bendi Nabila
Jagung cup
Menu malam bubur nasi bersama sambal udang campur sotong dan fillet celup tepung
Bila mai bercuti macam ni, tetibe je cucur segera ni jadi penting
Settle day 5 di Dalat, hari yang indah dan dipenuhi dengan bunga bungaan.
1 comment:
Banyaknya berubah compare tahun 1998 dulu. Moga dapat ke Dalat lagi nanti.
Post a Comment