Dah lama aku tak datang sini, agak-agak dalam setahun lebih ada rasanya, termasuk masa duduk KL. Bukan jauh pun dari rumah. Selalunya macam tulah. Ramai orang sanggup dari jauh datang ke sini, aku yang tepi rumah tak datang pun....
Teringat aku masa kat Carigali dulu ada sorang member dari Thailand tanya kat kami geng-geng Malaysia, pernahkah kami ni pergi tempat-tempat menarik di sini macam Taman Negara, Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu dan lain-lain lagi. Tak boleh nak jawab dan segan pulak sebab kami memang tak pernah sampai pun tempat tu semua.

Sebelum pergi aku singgah pasar malam sebelah Giant untuk beli makanan. Dapatla kuetiaw sup, ayam goreng, kebab, mini murtabak dan popia. Nasib baik masa ni ada banyak angin kat tepi pantai. Yelah kalau nak duduk lama kena la ada banyak angin.....kalau tak sekejap aje mulalah aku rasa nak balik.
Macam biasa balun makan cukup-cukup dulu baru menikmati keindahan tepi pantai. Lagi pulak kat sini makanan terasa lebih sedap dari biasa. Kali ni cuma plan lepak-lepak aje.
Teluk Batik ni dah banyak berubah berbanding 3, 4 tahun dulu. Gerai-gerai makan semua dah dibina semula cantik-cantik. Sebelahnya dibuat macam dataran yang memanjang. Jadi takde can dah nak parking kereta dekat dengan pantai. Kena jalan lagi jauh ler baru sampai ke pantai.
Dah dekat nak Maghrib kami pun balik. Sempat lagi budak-budak ni singgah taman. Bila tengok depa dok main -main kat sini rasa macam anak-anak aku ni masih kecik aje lagi.
Nota pilu : Anak kucing yang kami pelihara sebelum ni dah lari dari rumah. Mana dia pergi entahle. Seingat aku tak de pulak aku mendera atau marah dia ke apa.