Sunday, March 24, 2013

Gold Coast Day 4 - Pacific Fair & Kunjungan Pantai Pantai Indah

Catatan 11 March 2013

Dear Percikan Kenangan,

Hari ke-empat berada di Gold Coast. Cuaca baik. Tempat pertama dalam jadual hari ni Pacific Fair. Dekat aje tempat ni dari Surfer Paradise. Parking pun free. Seronok nampaknya anak isteri aku datang tempat ni. Paling gumbira mestilah Haikal sebab dia dapat beli game PS3 Original sebanyak 4 keping.....sebab ada offer diskaun...kat Malaysia aku belum jumpa lagi harga murah macam ni.

Kat bahagian sayap luar Pacific Fair ni pulak ada macam-macam jualan. Paling best buah anggur fresh yang sangat murah berbanding tempat kita. Jenuh makan.

Menu hari ini, mee kari dan nasi goreng


Senyum memanjang....

Pulun sakan

Lama merayau-rayau mulalah perut mula terasa lapar. Terus keluar dari tempat ni. Tak tau nak makan kat mana, sekali terjumpa sebuah taman di tepian Sungai Neerang. Tak berlengah terus singgah sini. Makan bekalan yang ada dan buat macam-macam rakaman interview lawak......hehehehhee







Perut pun dah kenyang, maka perjalanan di sambung semula kali ni kami decide untuk mengunjungi pantai pantai sekitar Gold Coast. Antaranya Miami Beach, Burleigh Beach, Mermaid Beach dan Tallebudgera Beach.

Sungguh nyaman mengunjungi pantai ni semua dengan pemandangan laut yang memukau mata.



Miami Beach


Burleigh Beach



Tallebudgera Beach

Tallebudgera Beach ni sebenar pantai yang tenang tiada ombak sebab terletak di kuala sungai. Sebab itu ia dijadikan tempat latihan surfing dan berkayak oleh sekolah-sekolah kat sini. Ramailah anak-anak mat saleh dok berlatih di sini dengan bimbingan guru-guru.


Mermaid Beach.....seharusnya kami tinggal Apartment Spindrift on The Beach kat sini, tapi aku cancel sebab Apartment The Shore lagi happening...nasib baik tak jadi, rupanya pantai nya pun dipagar dan macam tutup je

No comments: