Wednesday, March 20, 2013

Gold Coast Day 2 - Amazing Sea world

Catatan 9 March 2013 

Hari kedua yang ceria. Hari ni kami bangun awal sikit dan prepare makanan untuk sarapan dan yang nak dibawa nanti. Mana tak bangun awal, pukul 4 lebih dah masuk subuh....5 lebih dah terang benderang.

Hidangan hari ini nasi goreng telur mata untuk sarapan dan bekalan pula nasi putih berlaukkan rendang udang serta ikan goreng. Terima kasih untuk pengeluar rendang segera yang sedap.

View pagi-pagi dari bilik 114
View pagi dari bilik baru 

Oleh kerana ada lebih masa, lepas memasak dan berkemas, terus kami berpindah bilik  baru seperti yang dijanjikan.

Hampir pukul 10.00 pagi kamipun bertolak ke Sea World, theme park yang pertama dari senarai VIP Pass yang telah aku beli ( Sea world, Movie World dan Wet and Wild Park).  


Kenangan bersamamu .......Sea World enterance

Cuaca sungguh nyaman hari ini nampaknya. Tidak panas dan tidak sejuk tapi banyak angin.....just nice. Sea World ni hanya 3km dari apartment The Shore. Parking pun ada banyak dan free. Sampai aje terus petugas scan online pass aku, amik gambar kami dan dalam masa 5 minit VIP Pass pun siap dan boleh masuk. 

1st show - Spongebob - depa seronok tengok show ni



Dinosour Park
Kolam ikan pari...besar besar pari kat sini



2nd Show - Jet Ski Stunt ni sungguh hebat dan luarbiasa. Salah seorang pesertanya bekas juara dunia - Dia ni mampu lambung-pusing somersault jet ski 6 kali secara berturut. Sungguh mengkagumkan para penonton





fish n chip kat sea world

Dalam dok sibuk sibuk jalan sana sini dan tengok show, sempat lagi kami ke parking kereta untuk makan tengahari. Lega, lepas makan masuk balik...memang tak de masalah keluar masuk ni. 

Dalam pada tu hati sungguh lapang bila sorang brader tu bagitau surau ada kat main train station dalam Sea World ni. Nampaknya mat saleh Australia ni sungguh prihatin terhadap keperluan muslim.


Sungguh comel dan cergas ahkak penguin ni



Menunggang dolphin
Cute aje dolphin ni hi hi bye bye penonton dengan ekornya




3rd Show- Dolphin show ni sungguh mempersona dan mendatangkan keseronokan kepada penonton. Benarlah bila dikatakan dolphin ni binatang yang paling pintar di dunia. Semua dolphin-dolphin ni melakukan aksi yang dirancang dengan sempurna dengan timing yang sungguh tepat. 7 bintang untuk show ni.

Akuarium .......Jaws ni sebenarnya sangat besar secara live


Bila Sea World dah dekat nak tutup pukul 5.00 petang kami pun bertolak pulang ke Surfer Paradise. Pusing-sana, pusing sini akhirnya kami terjumpa Zahab Global Supermarket yang jual makanan halal. Parking pulak seberang jalan dan cuma perlu masukkan AUD 1.40 untuk sejam. Dah ada udang, telur, sayur.....nak jugak makan ayam tu.....nak buat cemana sekeluarga suka makan ayam.


Zahab
Kedai zahab yang berdepan dengan kedai ni

No comments: