Sunday, December 8, 2013

Bercampervan di New Zealand : Day 2

Catatan 22 November 2013

Lake Tekapo - Mount Cook - Lake Pukaki - Twizel - Wanaka

Nyamannya suasana pagi di Lake Tekapo Holiday Park ni. Pagi-pagi selak langsir sudah boleh menjamu mata dengan pemandangan tasik yang indah.

Ada pulak itik-itik jinak (anak aku panggil 'bebek' style indon) yang menunggu aje kot-kot Nabila nak bagi roti macam petang semalam.


 Lake Tekapo yang  jernih....boleh nampak pantulan pokok dalam air

Selepas sarapan pagi dan berkemas serta bergambar lebih kurang depan tasik, kami ke pekan kecil Lake Tekapo untuk mengisi minyak.

Masih terlalu awal dan kebanyakan kedai masih belum dibuka. Kalau tak mesti sempat beli souvenir Lake Tekapo. Tak mengapalah.....tunggu kat Queenstown nanti ada banyak kedai souvenir.


Lepas mengisi minyak sampai penuh sejumlah NZD84 perjalanan disambung semula. Destinasi pertama dalam itinerary hari ini adalah Mount Cook kerana aku dah tempah "Glacier Explorers" di mana kami akan menerokai pengalaman menyaksikan glacier secara dekat buat pertama kali. 

Akan tetapi aku tentu tidak ingin melepaskan peluang melalui Tekapo Canal Road dan singgah sebentar di Mount Cook Alpine Salmon Farm. Sayang seribu kali sayang.....Tekapo Canal Road ini sedang diperbaiki dan jalan ditutup.

Nasib baik ada lagi satu Salmon Farm kat sini, kalau tak mesti hampa. Jadi aku decide singgah kat sana masa balik nanti.

Maka perjalanan disambung semula dan kami melewati Lake Pukaki yang indah.

Oleh kerana matahari belum muncul lagi warna turquoise tasik ini belum begitu ketara. Aku yakin pulang dari Mount Cook nanti (pergi-balik melewati tasik yang sama) warna ini pasti akan menjelma.   



Tekapo Canal Road. Kalau buka, tentu seronok boleh melalui jalan ni sampai ke Lake Pukaki. Apapun terusan ini tetap kelihatan cantik terbentang dengan warna air yang kehijauan.

Lake Pukaki dipagi hari


Lake Pukaki Watergate


Sejam lebih perjalanan dengan diiringi panorama yang mengasyikkan akhirnya kami tiba ke destinasi iaitu Mount Cook dan tempat berkumpul Glacier Explorers ialah di Hotel Hermitage di kawasan yang sama. Terus parking campervan kat situ.




Ada sedikit masa lagi kami mengambil peluang bergambar....bukan senang nak dapat peluang bergambar di tempat yang backgroundnya seindah ini. 


Tepat pukul 11.00, bas yang kami naiki pun bertolak ke Tasman Glacier ini. Selain kami cuma ada 2 orang mat saleh ke sana......dalam hati aku berkata sikitnya orang yang join....tapi bila sampai aje rupanya kat tempat berhenti sana dah ramai rombongan mat saleh yang menunggu. Agaknya depa ni amik pakej yang sama tapi dari tempat lain.

Bas ni berhenti separuh jalan aje lepas tu kena jalan kaki agak jauh. Aku dah sedia maklum hal ini dan dah memang prepare dari segi mental siap-siap. Lagipun mesti tunjuk kuat walaupun agak cungap sebab aku tengok ramai budak-budak kecil jalan selamba aje......hehehehehe. Tak lama kemudian sampailah ke pengkalan. Lepas diberi penerangan dan pakai life jacket, semua peserta naik bot yang boleh muat 13 - 15 orang ini.


Patung ini adalah Sir Edmund Hillary yang merupakan orang pertama berjaya sampai ke puncak gunung Everest bersama Tenzing Norgay seorang Nepal dalam tahun 1953.




Teka teki kecik kecik dulu ....naik bukit, turun bukit jumpa 2 biji telaga....Kali ni, naik bukit turun bukit..... jumpa satu glacier

Glacier yang akan kami terokai ini dinamakan Tasman Glacier. Serba sedikit tentang Glacier ini dari Wikipedia :

At 27 kilometres (17 mi) in length, Tasman Glacier is New Zealand's longest glacier. It is as much as 4 kilometres (2.5 mi) wide and 600 metres (2,000 ft) thick, and lies entirely within the borders of Aoraki/Mount Cook National Park. The glacier covers an area of 101 square kilometres (39 sq mi) and starts at a height of 3,000 metres (9,800 ft) above sea level. Snowfall during the winter and spring seasons accumulates to 50 metres (160 ft). After the summer melt, 7 metres (23 ft) remains.






Ketulan ais dari glacier ini boleh dicungkil dengan tangan malah minah saleh tu suruh try rasa...beberapa orang pun rasa le termasuk anak isteri aku

Macam-macam penerangan minah saleh ni bagi. Antaranya iceberg yang kelihatan besar ini hanya 10% sahaja berbanding saiz sebenarnya di bawah permukaan air. Ada satu perasaan bebas dan sensasi setiap kali minah saleh ni pecut bot dari satu iceberg ke satu iceberg yang lain. Bagi kami pengalaman menyentuh dan menyaksikan sendiri iceberg di glacier ini adalah pengalaman hebat yang sukar dilupakan seumur hidup.


Suhu iceberg di glacier ini jauh lebih sejuk dari air batu biasa. Patutlah bila aku sentuh lama jari rasa agak sakit. Sebab itulah ia masih belum cair walaupun panas terik. Dijangkakan akan hanya cair Februari nanti.

Aku bagi 5 bintang untuk pengalaman sehebat ini. Berbaloi-baloi join package ni walaupun harganya NZD 430 untuk 2 Adult dan 2 Child. Masa jalan kaki nak ke bas sempat sembang-sembang dengan staff Glacier Explorer ni (dia ni orang dari England). Dia ada bagitau ada banyak scene cerita The Hobbits dibuat di kawasan ini.





View dalam perjalanan balik....kelihatan Lake Pukaki yang berwarna turquoise


Abis glacier ni kami ke Hotel Hermitage lagi, mengambil campervan dan berpatah balik menghala ke Lake Pukaki semula. Kami melewati jalan yang sama sekali lagi. Benar telahan aku warna turquoise tasik ini memang makin ketara bila tengahari. 

Sukar digambarkan dengan kata-kata maupun foto betapa hebat dan indahnya pemandangan tasik ini sepanjang perjalanan. Masyallah.

Waktu dah pukul 2 lebih. Perut mesti berkeroncong punya. Maka setelah meninjau-ninjau beberapa tempat akhirnya kami terjumpa satu spot yang sesuai untuk parking campervan dan masak-masak. 

Menu untuk hari ini tomyam campur, ayam percik semalam (panaskan aje) dan telur dadar wajib hahahaa. Seronoknya makan di lokasi seindah ini.......bertambah-tambah nasik le jawabnya. 

Lake Pukaki ni sama keindahannya dengan tasik-tasik di Swiss tahun lepas

 2nd time masak dalam campervan

Perjalanan disambung semula dan kami berhenti pula di I-Site Lake Pukaki. Jumpa sekeluarga Melayu yang ramah kat sini. Sempat bertegur sapa dengan depa ni. Bergambar kat I- site ni sebelum meneruskan perjalanan ke High Country Salmon Farm.

Pemandangan tasik dari lokasi i-site ini memang luarbiasa cantiknya. Seakan-akan tidak real, macam dalam lukisan 


Dekat aje Salmon Farm ni dari I-Site tadi. Lokasinya bersebelahan dengan Lake Ruataniwha, lepas sikit dari pekan Twizel. Terus kami masuk ke dalam dan meninjau-ninjau apa yang ada. Sekali ternampak "Free Feed Salmon" kat satu sudut di mana makanan salmon disediakan dalam tupperware kecik.

Apa lagi.....sambar ler 4 bekas untuk kami.  Ada peti donation kat tepi...aku pun masukkan la beberapa keping syiling.

Lopak air pun warna turquoise jugak??

Lake Ruataniwha



Best jugak bagi makan salmon ni sebab ikan ni jenis menyambar makanan. Try bagi makanan dekat tepi kolam terus 2-3 ekor menyambar sampai terkena percikan kenangan. Ehhh percikan air. Gembira anak-anak aku dengan aktiviti ni.

Semestinya kami takkan melepaskan peluang membeli salmon segar dari sini. Kesal rasanya tak beli banyak-banyak sebab yang aku beli cuma untuk dua kali masak sahaja. Bila hari berikutnya kami buat kari......rasanya tersangatlah sedap dan buat kami teringat-ingat nak makan lagi.

Singgah sekejap kat anak sungai jernih ni. Indah dan banyak pokok Lupin. Airnya segar malah kami berwuduk dengannya.

Perjalanan disambung lagi. Kali ini kami melalui laluan yang dinamakan "Lindis Pass". Pemandangan tetap hebat cuma aku dah keletihan. Maka pemandu perlu ditukar dan Nora mengambil alih sepanjang Lindis Pass ini sehingga la hampir ke Wanaka sementara aku cuba melelapkan mata.

Ada 2 benda yang aku tengok isteri aku ni suka ambil gambar, bunga lupin dan kambing biri-biri



 Suasana sepanjang Lindis Pass....ada banyak pokok berbulu di kawasan berbukit yang kelihatan unik dan menarik....tak tau pokok apa

Dalam perjalanan ke Wanaka kami ambik laluan yang melewati Lake Hawea. Walaupun air tasiknya kebiruan tapi ia tak sehebat Lake Pukaki atau Lake Tekapo. Jadi kami singgah sekejap sahaja lagipun hari dah lewat petang.



Akhirnya kami pun sampai ke Wanaka. Masuk ke New World supermarket dahulu yang sebelah aje dengan motel yang aku tempah. Tujuannya untuk menambah apa-apa bekalan yang dah kurang. Lepas parking campervan, aku pun check in di Aspiring Lodge Motel.



Motel ni memang selesa dengan 2 katil kecik dan 1 katil besar. Tak de apa nak komplen cuma kayunya kekadang berkeriut mungkin akibat perubahan suhu. Serba bagus, apa lagi masak sedap-sedaplah malam ni.

 Route Day 2

15 comments:

casa nayafana said...

Salam....nice photo...Hang pakai body and lens apa ya.....
Sewa Caraven tu total dia berapa NZD....

said...

Wsalam dr, apa habaq?cemana boleh mai sini

Tq2...aku main bantai je camera canon biasa aku ni...lens semua aku taktau hahahaa. Gambar tu nampak cantik pasai NZ ni memang sedia cantik dah...

Campervan Jucy ni untuk 8 hari + stress free insurance + picnic set harga NZD 1350. Ni kira agak mahal sebab rate dia ikut summer.

Kalau hang nak pegi sesuai ambik motorhome 6 berth punya lagi luas banyak.

Unknown said...

Salam en amran..sy nk tny pasal trip ke swiss..cmne sy leh contct en amran..please help us.tq n salam

said...

Wsalam. Boleh je tanya apa-apa kat sini. Mana yg saya ingat dan tau saya cuba jawabkan.

Unknown said...

Sy nk tny about ticket ke swiss.better we booking online now or buy ticket bile kiteorg smpi sane?sbb bile tgk kat online mahal..800++swissdolar per person.kiteorg nati naik train dr paris ke swiss..kiteorg stay kat swiss 3 mlm..better jungrau atau mount titlis?we also plan nk g bern..ao qhich pass should ww buy?thanks u en amran.

Unknown said...

Lagi satu en amran..swiss saver pass yg en amran beli tu cover smpi mane?sbb bile tgk on9..xde swiss saver cm en amran amik..800++swiss kiteorg tgk..mahal sgt T____T..really need ur advise..tq

said...

Kalau U start dari paris, best option ialah beli tiket ke bandar yang dekat dengan border misalnya Lausanne (Jangan confuse dengan Lucerne ye) atau Geneva.Option lain mmg mahal banyak sebab Euroline harga lain. Sampai di Lausanne train station, terus ke kaunter tiket dan tanya dia apa offer dan pilihan yang ada untuk 3 atau 4 hari trip di swiss. Biasanya pass untuk 4 hari dan ada macam2 package.Offer pass dia sentiasa berubah-ubah. Tanya betul-betul. Jangan risau tiket habis atau terlambat sebab keretapinya sangat cekap dan kerap.

Pasal Jungfrau atau Titlis....itu ikut minat masing-masing, but for first timer lebih baik ke Jungfrau.Dengan Saver Pass yang U beli di Lausanne tu U boleh ke Berne (Berne ni mmg center....mesti lalu punya) atau ke mana saja di seluruh Swiss tak kira masa.

Tengok Website ni :
http://www.swisstravelsystem.com/en/tickets-en/swiss-flexi-pass-en.html

Dah lama since saya pergi, mungkin harga dah naik. Anyhow just beli tiket bila sampai di Lausanne atau Geneve untuk peluang dapat harga yang lebih murah berbanding dalam internet

wawa said...

SubhanAllah..tgk gambar2 kat NZ ni pun dah cantik sgt2 belum tgk real lagi. Seronok baca n tgk gambar dlm blog ni.terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.

said...

Sama-sama. Betul tu Wawa. NZ ni mmg sangat cantik

Unknown said...

sangat teruja dengan gambar2 NZ ni...

said...

Cepat cepat beli tiket

Anonymous said...

salam abg..nak tny..tasman valley ni kalo personal tour boleh? maksud sy pegi sendiri2..ke route trekking tu mmg diorg je leh pakai...sy plan nk pegi snap photo jek...x tahan tgk landscape sane...

said...

Wasalam.
Boleh aje nak pegi sendiri kat walkway dia tapi yr photo dari atas glacier lah, cuma hati2 sikit pasal jalan agak sempit bila berselisih.

Anonymous said...

Cantiknya NZ bila lah boleh pergi lagi...nak tanya total cost en am pergi sini semua berapa ye? TQ

said...

Semua sekali termasuk sydney 18k