Catatan 24 November 2013
Glenorchy dan Sekitar Queenstown
Ada hujan renyai-renyai pagi ini dan suasana agak dingin. Apapun plan untuk menerokai laluan ke Glenorchy yang juga merupakan salah satu lokasi filem Lords of The Rings tetap akan diteruskan.
Bangun pagi-pagi dapat tengok view macam ni...memang la best...kalaulah hari hari begini
Glenorchy is a small settlement nestled in spectacular scenery at the northern end of Lake Wakatipu in the South Island region of Otago, New Zealand. It is approximately 45 kilometres by road or boat from Queenstown, the nearest large town. There are several pubs, a café and a range of small shops in the town catering mainly to tourists but also to the small resident population. There is also a small airstrip which caters to small planes
The local scenery received worldwide attention when it was used as one of the settings in the first of Peter Jackson's Lord of the Rings films. The scene where Boromir was slain and leant near a tree, Lothlórien and Orthanc were a few that were shot in Paradise. Vertical Limit, X-Men Origins: Wolverine, and The Chronicles of Narnia: Prince Caspian were also filmed in the area.
Dekat nak start perjalanan, hujan pun berhenti. Alhamdulillah. Aku memandu dengan tenang di sepanjang laluan ini. Kereta pun jarang-jarang ada maklumlah masih awal pagi. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan persisiran lake Wakatipu yang tetap indah sekalipun cuaca agak mendung.
Sesekali aku berhenti singgah bila terjumpa lookout atau spot yang menarik untuk mengambil gambar.
Tak lama kemudian aku tengok makin ramai pelancong mula tiba ke laluan ini. Ada dengan bas, kereta dan ada juga dengan Motorhome.
Kira-kira 45 minit perjalanan kami pun tiba di Glenorchy dan kami ke spot paling utama iaitu jetinya. Aku tengok ramai mat saleh ahli kelab kereta antik baru aje selesai mengunjungi jeti. Bagus….giliran kami pulak.
Seronok bersantai-santai di sini cuma suasana sangat sejuk, cakap pun keluar asap. Setengah jam kemudian kami pun beredar ke sebuah stesen minyak berhampiran.
Tujuannya nak tambah air dalam tangki campervan. Walaupun free segan le nak buat selamba aje, jadi aku pun beli satu poskad Glenorchy dan potato chips. Orang berbudi, kita berbahasa.
Depan stesen minyak
Selesai isi air, kami teruskan perjalanan menuju ke arah Glenorchy Paradise Road. Kawasan ni agak cantik jugak, tapi kami pergi setakat Routeburn Road saja bila mengenangkan ada lagi aktiviti yang menanti di Queenstown.
Waktu memasak sudah tiba jadi aku reverse aje campervan ke satu spot berpantai yang landai dipinggiran tasik. Ada sungai kecik pulak tu. Lagi best.
Nampaknya menu chef Nora hari ini nasi goreng ditambah dengan dadih jagung.
View dari dalam campervan
Tengok depa basuh pinggan ni teringat iklan Fab dulu dulu : " membasuh begitu teruk sekali ?" "Dah terpaksa, lihatlah kotoran ni "... Basuh-basuh jugak, tapi sampah dan sisa makanan tak bolehlah buang dalam tasik yang cantik ni.
Selesai makan tengahari kami gerak ke Queenstown semula dan terus menuju ke Skyline Gondola. Banyak kereta la pulak sampai penuh parking.
Cari punya cari terjumpa parking tak jauh dari kawasan kubur. Kubur pun kuburlah....janji boleh parking. Lagipun free.
Terus ke dalam. Selepas meninjau-ninjau akupun tanya kat kaunter kalau-kalau ada pakej yang sesuai untuk kami. Orang tu bagitau terbaik family package NZD111 untuk naik turun Gondola dan Luge boleh naik 2 kali setiap orang.
Sampai atas terus menuju ke Luge. Tapi sebelum naik Luge kena naik chairlift dulu. Seronok aku tengok depa naik Luge ni. Senang aje pengendaliannya. Boleh ulang dua kali pulak tu, tambah gumbiralah depa.
Selesai kat Skyline ni kami ke bandar Queenstown pulak. Tujuannya nak melihat-lihat pekan, sekali dengan beli souvenir apa yang patut. Cari punya cari akhirnya dapat satu lot parking dalam pekan ni. Kalau dengan Motorhome tentu lagi sulit sebab aku ternampak sorang mat saleh tu kena hon bertalu-talu dengan beberapa buah kereta sebab blocking orang semasa mencari parking.
Parking yang ada tu untuk 1 jam saja. Lepas 1 jam aku pegi tambah lagi. Terus kami menuju ke Queenstown Mall sebab depa nak makan MC D Fish burger dan aku pulak nak makan Turkish Kebab yang agak famous ni. Biasa aje rasanya kebab ni. Tak sehebat namanya.
Dalam pada tu dok berfikir kata manalah DF Souvenir yang terkenal dikalangan orang Malaysia ni?? Sekali aku ternampak 2 orang perempuan Melayu. Terus tanya depa ni. Rupanya depa pun nak ke sana dan tolong bagitau arah. Settle.
DF Souvenir
DF Souvenir ni memang banyak pilihan dan harganya pun agak murah. Tugas beli ni mestilah Nora dan Nabila yang buat. Aku dan Haikal cuma meninjau-ninjau crystal ball untuk menambah koleksi yang ada.
Dah abis membeli apa yang patut kat pekan tadi terus kami ke pinggiran Lake Wakatipu.....sebelum balik ke hotel semula. Selesai untuk hari ini.
View lewat petang dari balkoni
9 comments:
Hi..tumpang tanya...saya bercadang utk travel ke new zealand next year...bercadang utk sewa motorhomes capacity 6 org...ada beberapa soalan sblm nak buat booking...
1) Motorhomes ini adakah susah/senang utk drive? Minta pandangan rakan rakan forum...
2) Adakah motorhomes ini dibenarkan masuk city? Dan ada tak apa apa restriction?
3) Dia ada tak parking lot kat kwsan bandar? (Kalau dibenarkan)
Maaf kalau soalan dia ni tdk berapa cerdik...saya cuma agak risau dgn cara pengendalian motorhomes in nanti...takut dia besar dan susah nak drive...minta bantuan/nasihat pernah bawa/guna service motorhomes....
terima kasih
Zara,
tak banyak yang saya boleh advise sebab hari tu saya amik campervan yang lebih kecik dari motorhome. Yang saya nampak kat Queenstown misalnya motorhome tak ada halangan nak masuk. Parking mmg ada tapi byk bergantung pada kecekapan pemandu untuk handle vehicle sebesar itu. Bandar kurang sibuk spt Wanaka mmg tak ada masalah.
En amran..kalo nak naik luge saja.. Xnak naik cable car blh ke?
boleh jugak kalau sanggup panjat bukit dia. tak silap mmg ada trek bagi yang nak panjat. Tapi agak tinggi le.
Hahahha ok xsanggup!
Lg 1 nak tnya perencah2 masakan boleh bwk tak masuk nz..yelah kalo kita nk msk kari..nk ada rempah kari santan bagai..ke semua ada kat pak n save tu?
Eh ada lg soalan..adoi byk nye nk tnya hehe..kalau bwk luggage besar atau jenis peti nnti ada ke tempat simpan dlm van tu atau better bwk bag hiking/deuter tu ye?
1.Segala perencah boleh bawak masuk asalkan ada label. Refer topik New Zealand Trip for detail.
2.Kalo Campervan size Jucy dia guna Toyota Hiace yang dimodify, jadi kena pandai2 susun beg sebab x de tempat simpan khas.
Kalau hari yg kita stay hotel..kat mana kita nk charge power n refill air campervan? Mostly sy amik powered site..ada 1@2hari je nk ambil hotel
sekali isi air boleh tahan 3 hari. Isi le siap2 kat campsite. Power mmg x ada, tapi Fridge masih boleh berfungsi dgn Dual Battery campervan, jadi makanan tak rosak.Tp kalau nk charge HP ke Tab, bawak le universal adaptor dan charge kat bilik
Post a Comment