Tuesday, October 20, 2020

Cuti - Cuti Malaysia Day 5 : Cameron Highland, kedinginanmu mendamaikan

4 September

Nyamannya suasana pagi di Brinchang ni. Dah banyak kali aku tulis ayat ni hahaha. Tapi betullah manalah nak cari suasana macam ni kat Malaysia. Memang sentiasa terbaiklah. Kalau Genting tu entahlah, aku tak berapa minat.

Tak ada itinerary datang Cameron ni. Macam sebelum sebelum ni jugak. Nak menikmati suasana sejuk dan sambil tu boleh makan strawberi sampai jenuh 😁. 

Pagi - pagi pergi sarapan di Restoran Nasya. Ada good review katanya. Ok la nasi lemak sedap juga cuma menu dia tu terhad.

Suasana pagi di depan hotel

Nasi kerabu 

Makan ayam goreng panas-panas ni di tempat sejuk sedap rasa 

Kebetulan Big Red Strawberry ni dekat beno dengan kedai Nasya, jadi teruslah ke sana. Masih awal lagi, jadi orang pun tak ramai dan parking pun ada banyak lagi. 

Tu dok pesan kat anak-anak aku, nak buat apa-apa pun biarlah awal pagi, lepas subuh lagi baik ada kebaikan dan keberkatannya dan semuanya jadi serba mudah. Sebab itulah islam melarang tidur sampai tengahari.

Cantik

Eh, bukan ke baru je makan nasi lemak ayam goreng bagai? 


Makin meriah nampaknya mini zoo kat sini





Ni kut yang orang panggil love bird tu

Habis Big Red Strawberry terus ke Taman Sedia. Ingat nak makan scone, ramai orang pulak. Last-last pegi makan durian dekat sorang akak berniqab tu. Durian daun kata dia, memang sedap dan elok isinya. Next ke Tanah Rata sekejap sebelum check in di Hotel Casa De La Rosa. 

Kena jam masa nak ke sana dari Tanah Rata. Polis suruh ikut lencongan alternatif Jalan Tengkolok area Cameron Jaya sana. Aku ingat tak jam lah dah masuk jalan lain... sama jugak traffic jamnya. Nasib baiklah tak jauh takde lah rasa lama sangat.

Casa De La Rosa ni aku ambik untuk dua malam. Rezeki dapat bilik paling hujung corner lot yang boleh access dengan tangga. Jadi aku pun parking kereta tepi tangga tu, tak payah lalu lobby hujung sini kalau nak ke mana-mana.

Tak ingat pulak nak amik gambar dari sudut ni... thanks booking.com bagi pinjam😆

Bilik aku yang 1st floor ni

Double bed


Ni katil dua beradik 

Luas biliknya





View dari balkoni


Bilik dia memang terlebih luas  untuk family kecik aku ni. Sungguh selesa dan view dari balkoninya pun cantik. Ada banyak bunga-bungaan sekitar  hotel ni. Berehat sakan maklumlah letih jugak pegi Big Red Strawberry tadi. 

Lewat petang sikit depa ajak pi makan di Highlands Steamboat Cheese and Grill kat Rainbow Garden Center yang famous tu. Ni cawangan ke 2, yang pertama di Cameron Jaya kawasan yang aku kena jam tadi tu. Katanya sini banyak pilihan dan lebih meriah.

Sebelum ni asyik di Steambot Snack Corner je, jadi kali ni ubah selera. Walaupun tempat ni agak tersorok, tapi ramai betul orang. Ada pulak rombongan bas Cik Kiah... bising kot rombongan ni, sabor ajelah.

Nak sampai restoran kena lalu jambatan kecik ni untuk ke seberang sungai... misteri gaye, udahle hujan langit pulak gelap

Masa aku baru sampai meja area hujung ni belum ramai... tapi bahagian tengah dan hujung sana dah full maklumlah dekat dengan bufet 


Pilihan sayur dan seafood

Semestinya fresh, Cameron kan

Antara menu kambing

Satay 

Itik grill dia memang sedap dan lembut

Aneka sambal dan sos

Makanan laut

Pilihan minuman. ABC, air gas dan aiskrim pun ada. Makanan tambahan macam goreng goreng ada jugak termasuk strawberi dan coklat... meriah bukan?

Ya... kasi rendam, kasi grill cukup-cukup. Sejuk-sejuk macam ni makan steamboat grill memang meletop la

Best, memang terbaiklah steamboat dan grill kat sini. Macam-macam ada, makanlah selagi terlarat. Berbaloi bayar RM150 termasuk tambahan cheese dan kuah dua jenis iaitu tomyam dan sup. Lagi best sebab ownernya Muslim. Hidup BMF.

Alhamdulillah. Balik ke bilik dengan perut kenyang dan hati pun senang😅

2 comments:

Mulan said...

Lama betul tak ke CH.. Makin cantik & menarik dari dulu

am said...

Betul tu