Wednesday, November 23, 2022

Pakistan Road Trip - Day 9

 27 Sept 2022

Hunza - Attabad Lake - Passu - Khunjerab Pass - Hunza

Program hari ini adalah ke Passu dan Khunjerab Pass. Dua tempat ni kira attraction wajib le kalau mai Hunza ni. Jalan pun aku jangka elok sebab ianya menggunakan Karakoram Highway.  

Sebenarnya idea asal aku nak sampai ke Passu sahaja harini dan patah balik semula ke hotel sebab rasa macam jauh pulak Khunjerab Pass tu. Tu yang keluar lewat sikit, nak santai kononnya haha. Dalam 9 lebih baru bertolak ke destinasi, kalau mai obesi ni kira lambatlah. Tapi atas permintaan ramai maka perjalanan disambung hingga ke Khunjerab Pass. Kalau aku tau dari awal depa nak ke Khunjerab Pass ada lebih baik checkout sesiap dari sini... Adeh

Baru keluar parking bawah hotel. Rasa macam sulit je. Tak pe, balik ni parking luar ajelah lagi senang

Tingginya depa bina bangunan


Cantik view tempat ni


Tunnel ni baru 7 km panjang kami dah rimas dan tanya bila nak habis. Belum lagi tunnel di Norway terpanjang di dunia 24.5km

Kami melepasi gunung-ganang dan lembah-lembah sungai yang indah sepanjang perjalanan. Tak lama kemudian sejarak 30km, melintasi pula Attabad Lake yang terkenal ini. Tak singgah pun tasik ni sebab plan singgah waktu balik nanti. Menurut sejarahnya tasik ni bukan semulajadi dan asalnya tidak wujud. Ia hanya terbentuk akibat bencana alam tahun 2010.

Sejarahnya : 

The lake was formed when Attabad village in Hunza Valley in Gilgit−Baltistan had a landslide, 14 kilometres upstream (east) of Karimabad that occurred on 4 January 2010. The landslide killed twenty people and blocked the flow of the Hunza River for five months.

Warna Turquoise tasik ni lagi pekat sebab kedalamannya mencapai 109M

Ada banyak bot-bot pelancong


Melepasi Attabad Lake dalam 20 km lebih, kami tiba di Passu. View Passu Cones ni memang menakjubkan. Macam dibentuk-bentuk aje rupanya.

Nampaknya kena cari station minyak sebab stesen minyak yang aku target area Hunza tadi tutup la pulak. Macamanapun level minyak tak lah kritikal, masih ada separuh tangki tapi lagi bagus bersedia sebab Khunjerab Pass tu jauh jugak rasanya dan kena kira sekali jarak untuk patah balik semula nanti.

Cari punya cari sepanjang laluan tu akhirnya terjumpa satu tempat ada jual petrol di sebelah kanan jalan. Tapi dia tak boleh jual banyak, sekadar untuk lepas sesak. Tak jadilah isi. Kami diberitahu stesen minyak yang proper ada di Sost kira-kira 20 minit perjalanan, maka perjalanan diteruskan lagi menuju pekan Sost.

Passu Cones

Welcome to Passu


Singgah kejap tepi jalan ni sebab nak tanya mana stesen minyak kat sorang brader ni sebab kami tak jumpa-jumpa pun dari tadi... dia kata ada depan sana lagi, aku risau kut terlepas je, huhuhu.



Terhibur depa sebab tetiba ada air terjun dan sungai kecik kat sini, kebetulan. Dari jalan memang tak perasan tempat ni.

Polypipe ni penduduk setempat gunakan untuk alirkan air agaknya




Sampai pekan Sost


Itu pasalah perempuan Malaysia banyak suka sama abam Paki, sama abam Bangla. Dia punya deko lori pun sudah tau berapa romantik ini abam lori😏


Lepas pekan Sost kami bertemu lagi Police Check Point. Check Point akhir kena berhenti check passport dan bayar fee untuk masuk ke Khunjerab National Park dan seterusnya Khunjerab Pass. Agak mahal fee dia iaitu RM300 untuk empat orang, jadi kena prepare duit rupee siap-siap. Aku syak harga dia tinggi sebab ada kes keselamatan di sempadan sebab sebelum ni aku baca tak lah tinggi mana walaupun yang complaint pasal entry fees ni mat saleh. Biasalah, mat saleh memang kuat complaint walaupun currency depa tinggi.

Kena bayar fee pun kira berbaloilah sebab view dia memang superb ditambah suasana autumn yang begitu menyerlah sepanjang perjalanan. Betul - betul cantik dan kami enjoy sungguh suasana sebegini. Akan tetapi aku terus ke Khunjerab Pass dan tak singgah mana-mana area Khunjerab National Park ini sebab cadang nak singgah masa balik nanti.

Checkpoint akhir sebelum memasuki Khunjerab National Park 

Sekitar check point


Sambung lagi perjalanan menuju Khunjerab Pass .......

Autumn kawasan pergunungan memang lebih cepat. Gembira wife aku peminat autumn


Sekejap aje dah sampai Khunjerab Pass sebab jalan yang cantik dan selesa. Sempadan Pakistan-China ini mempunyai ketinggian 4693 M. Tempat ni memang cantik view die. Tapi sangatlah sejuk maklumlah kami tak bawak pun winter coat cuma jacket biasa sesuai musim autumn dan udara pun nipis tak cukup oksigen dibuatnya. 

"The air is thin at an attitude 4693 meters therefore the oxygen level in this region is relatively low and one might suffer altitude sickness". Gitu kata mat saleh

Memang tak mampu bertahan lama kat sini. Terjumpa sekeluarga Melayu dari Bangi. Depa pun dok bagitau sesak nafas sikit. Apapun kami sempat enjoy-enjoy sekejap termasuk aku cuba mengetest mesin ATM tertinggi di dunia di sini. 


Cantik

Semakin hampir

Ada lagi salji walaupun selepas summer


Ada banyak lori kontena parking sepanjang jalan

Ada banyak pengunjung di sini. Ada kejadian suicide bomber di Pakistan pada masa ini. Jadi pengunjung semua tidak dibenarkan menghampiri pintu sempadan China-Pakistan

Ni dia mesin ATM  tertinggi didunia

Aku cadang nak keluar duit RM10 saja, testing. Sekali dia mintak pin number sampai 2 kali. Tak jadilah. Nasib tak baik kena telan kad nanti naya


Rajin depa dua beradik pi cari salji 



Jom balik

Seperti jangkaan aku, perjalanan balik memang lebih indah dan seronok. Gabungan pelbagai warna autumn, sungai tuquoise yang jernih dan gunung-ganang memang mempersonakan. Sempat kami singgah lepak-lepak tepi sungai sambil mengambil foto dan video. Terasa nak naikkan drone, tapi tak berani aku sebab tempat ni sempadan dan ada banyak tentera.

Singgah di 1st spot ni sebab nampak menarik.

Jom singgah dulu- 1st spot



Tengah memecahkan kacang kulit keras yang dibagi dek sahabat  Tabligh  Surau Babusar Pass hari tu

Mantapnya view

Rajin pulak Haikal ni lompat-lompat batu

Dua beradik ni siap minum air lagi. Segar dan sedap katanya

Jalan depan sikit singgah pulak spot ni area jambatan. Memang menariklah tempat ni.

Singgah lagi area jambatan -2nd spot


Family Photo 

View area jambatan

Jernihnya air

Tak jauh dari jambatan jumpa pulak area campsite ni. Singgah lagi.

Campsite - 3rd Spot



 Puas hati view macam ni

Jalan depan lagi tup-tup nampak view ni pulak tepi jalan. Lawa sungguh.

 Fascinating- 4th spot

Sambung lagi perjalanan menuju ke Hunza semula. Ada jugak kami terfikir mesti best kalau tidur di Passu. Nampak ada banyak hotel. Tapi tak bolehlah sebab tak checkout pun tadi di Jubilee Hunza. On the way ada nampak sign board Hussaini Suspension Bridge, tapi tak nampak pun dari jalanraya.  Kalau nak singgah kena carilah. Lagipun nak kejar masa, dah agak lewat ni. Kalau boleh nak elakkan memandu diwaktu malam. Jauh lagi Hunza tu,  jadi tak pergilah. 

Nasib baik lepas Nabila hon terus lembu tu beredar.
 Sebelum tu dia tak bergerak langsung, kalau tak jenuh le 

Ambil foto tempat yang sama cuma masa berbeza


 View lewat petang


 Siap ada reben


Dah malam baru tiba di Hunza. Singgah makan malam di satu restoran. Restoran ni adalah restoran yang tak jadi makan masa mula-mula sampai Hunza dulu. Suasana ok, cuma masa penyediaan makanan tu agak lama sebab selain kami ada sekeluarga dalam ni. Lepas tu ada pulak geng muda-mudi datang. 

Singgah sekejap beli samosa dan cucuq. Unik betul dia punya jualan.... timbang cucuq ikut gram kot

Menu malam ni nasi goreng cina, nasi biriyani dan roti bakar


Habis makan  kami ke kedai dobi pulak, mengambil pakaian yang dihantar semalam. Elok pulak hasil dobi kedai ni.  Persembahan dia memang kemaslah siap pakaian yang telah diiron ni diasing asingkan dalam plastik masing-masing. Rasa macam baru beli kat kedai pun ada.

Lepas dobi terus balik ke hotel semula. Perut pun dah kenyang, badan pun dah letih. Tidolah apalagi. 

1 comment:

m.u.l.a.n said...

Subhanallah cantik nya. Tumpang seronok dengan trip ni. Boleh refer nanti insya Allah