Wednesday, January 18, 2023

Pakistan Road Trip - Day 10


28 Sept 2022 

Hunza - Karimabad Bazar - Attabad Lake - Sapphire Hotel

Hari ni pergi dekat dekat udah le. Semalam kan dah ke Khunjerab Pass. Rasanya itinerary aku sepanjang di Pakistan ni memang santai habis hahaha. Untuk sarapan, semua orang makan maggi Pakistan. Sedap pulak teman rasa.

Lepas check out dari Jubilee Hunza dan menghantar dobi tambahan, kami menuju ke Attabad Lake semula disebabkan semalam tak sempat. On the way tu pegi kejap tengok Karimabad Bazar, sebelahnya ada tempat bersejarah Altit Fort. Aku perhatikan banyak betul hotel kat sini.

Beli tembikai dulu 

Agak curam laluan Altit Fort ni. Nak naik dia punya parking pun agak suspen sebab bunyi semacam tayar kereta terseret. Apapun selamat sampai ke parking kereta bersebelahan dengan sekolah. Dalam dok berlegar-legar tu,  Haikal dan Nabila jalan kaki turun bawah pegi beli Pizza Pamir sini.

Parking kereta sebelah sekolah ni

View dari parking


Karimabad Bazaar Hunza

Pizza Pamir lagi... Haikal ni  suka makan pizza

Helok jugak view dari sini

Suasana sekitar

Habis tempat ni tak berlengah terus aku menuju ke Attabad Lake. Lagipun dah tengahari dan agak panas terik masa ni. Sekejap aje dah sampai Attabad Lake. Terus aku parking di tempat yang disediakan.

Laluan turun ke Bazaar 

View yang sama macam semalam

Suasana Attabad Lake ni memang menarik dan ada pelancong pelbagai bangsa walaupun taklah begitu ramai. Macam-macam aktiviti ada sini macam cruise boat, jet ski dan lain-lain. Kekurangannya musim autumn macam ni kebanyakan kedai makan tutup, cuma ada dua tiga aje yang bukak.

Terik betul tapi cuaca masih lagi sejuk


Macamanapun ada satu restoran tepi tasik. Siap boleh makan kat tingkat atas lagi. Cantiklah. Terus aku suruh anak-anak order apa-apa makanan yang sesuai kat sini. Tak banyak pilihan dan rasa pun so so aje. View Attabad Lake dari atas ni memang best.

Jom naik atas

Nice View. Hujung tu Luxus Hotel 

Pelbagai jenis cruising boat


Next kami ke misi seterusnya iaitu mencari hotel yang best area Attabad Lake ni. Mula mula kami ke GOHO Hotel. Tak jadi sebab hotel tu kurang best kata depa, nampak macam tak terurus walaupun view dia cantik. 

Laluan ke GOHO yang tak jadi tu

Singgah bergambar lookout ni sekejap

Sambung misi pencarian hotel

Pusing balik dan drive lagi jumpa sebuah hotel. Suasana hotel dia macam club house mewah. Tak jadi jugak lah sebab rasa hotel ni macam untuk keluarga Malhotra je takpun tauke Megah Holding. Cari lagi jumpa  hotel berikutnya iaitu Sapphire Hotel. Depa pi tanya, dibagitau rate dia RM130 untuk family room. 

Lepas dua beradik tengok bilik, nampak best aje katanya dengan view tasik, teruslah confirm. Bab cari bilik hotel sepanjang kat sini memang aku bagi anak anak aku je carikan. Rate hotel ni kalau summer RM300. Jangan lepas peluang...  baik punya harga ni.

Deko yang menarik

Sebelah belah kanan ni ada sofa ukiran dan belakangnya ada lukisan gambar yang sangat besar...  Haikal bagitau yang dia dah penah sampai sini sebijik suasana tu yang dia pernah tengok sebelum ni. Dejavu letu, acah betul budak ni dejavu pun sampai ke obesi haih

Puas hatilah view macam ni RM130 saja

View dari balkoni

View lewat petang

Ni depa punya menu dua beradik... pizza lagiii taktaulah aku, sebelah dia tu taktau apa nama

Menu makan malam makcik dan pakcik. Sedap dan banyak pulak tu

Enjoy betul suasana bilik hotel ni. Siap Haikal naikkan drone dari balkoni lagi. Tak buat apa-apa dah semua orang santai-santai sambil enjoy view. Teringat pulak aku kalau bawak game Saidina mesti lagi meriah. Untuk makan malam kami order dari hotel ni nasi goreng cina dan ayam grill.

1 comment:

m.u.l.a.n said...

Subhanallah cantik nya view