Wednesday, November 16, 2022

Pakistan Road Trip - Day 8


26 Sept 2022

Bubur - Gilgit - Hunza

Dah masuk hari ke 8 ni. Kena pi Hunza Valley la, maklumlah tempat ini antara attraction ternama di Pakistan. Jarak Bubur dengan Hunza ni dalam 150km. Ikutkan perjalanan hari ni dalam 3,4 jam macam tu.

Sekali lagi kena melalu Gilgit untuk ke Hunza. Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik dan nyaman.

View dari tingkap belakang bilik pagi-pagi

Penduduk area ni  sungai cantik macam ni dah takde mende bagi depa gamaknya

Semakin hampir dengan Gilgit. My Favourite... snow capped mountain

Jambatan kayu ni bunyi bising semacam. Cuak le jugak nak menyeberang

Again nice view




Lancar aje perjalanan ke Hunza ni. Highway dia pun elok dan dalam keadaan baik. Cuma bila dah nak masuk ke Hunza ada sedikit kerosakan jalan kesan banjir agaknya. Ada jambatan runtuh jadi dia divert ke laluan alternatif.

Sampai di Hunza agak awal maklumlah takde singgah memana hari ni. Jalan-jalan cari hotel yang sesuai. Ada banyak hotel, dok cari kalau-kalau jumpa yang background ada gunung ke lagi best. Asalnya nak tinggal di Tourist Cottage Hunza. Sekali pegi sana rasa macam jauh le pulak nun di atas bukit. Tak jadilah macam ni.  Singgah lagi  satu dua, tak berapa sesuai. Takpe ada banyak lagi kosong.

Semakin hampir dengan Hunza

Dalam dok cari-cari hotel anak aku terperasan ada kedai Pizza. Ayuhlah kita makan dulu, nanti sambung cari hotel lagi. Haikal dah request tu hahaha, dia peminat pizza nombor satu. Ada je gerai pizza lain tapi kami memilih Pizza Pamir yang nampak elok dan proper restorannya.

Jom lunch Pizza dulu... kedai dia di tingkat atas dan agak cantik 

Menu

Apa lagi balun

Sedap jugak menu-menu ni semua

Nilah rupa Yak yang diletak dagingnya atas pizza. Keras sikit lah daging Yak ni

View dari atas Pizza Pamir

Selesai makan misi berikutnya adalah mencari kedai dobi selain dari mencari hotel. Pusing-pusing akhirnya terjumpa sebuah kedai dobi. Tepi jalan aje kedainya. Teruslah kami hantar pakaian yang dah sedia diasingkan sebelum ni. 

Sini tak ada dobi style basuh sendiri macam Malaysia. Depa style lama dan dia charge ikut berapa helai. Resit yang dia bagi tu dalam RM50. Rasa agak mahal jugak la. Mungkin cara cucian depa agak susah aku syak. Dah sesak ni hentam sajalah. 

Sempat aku snap gambar ni sementara tunggu depa hantar pakaian ke dalam kedai

Kedai Dobi. Semalaman baru siap. Lama pun lamalah tak masalah sebab kami ada beberapa hari kat sini

Sambung lagi pencarian hotel. Akhirnya kami singgah di Hotel Jubilee Hunza . Rate dia berpatutan RM100 dan biliknya pun selesa. Tepi jalan. Ada view gunung lagi. Cantiklah. 

Masa ni dah jam 3 lebih. Dah kira lewat petang lah jugak ni sebab waktu Maghrib kan masuk awal sini. Jadi lepas chek in kami tak ke mana-mana dah sekadar berehat-rehat di dalam bilik. Makan malam pun order dari hotel ni. Dia hantar sampai ke bilik. Alhamdulillah.
 
Suasana bilik Jubilee Hotel... mintak tambah satu tilam

Tingkap dia sangatlah besar dan lebar sampai ke hujung, terasa luas dan lapang

Ruang tamu

View dari tingkap bilik

Zoom sikit

Menu makan malam. Biriyani lagi. Balun 

1 comment:

m.u.l.a.n said...

Subhanallah cantik nya..