Catatan 19 May
Selepas semalaman berehat, perjalanan disambung. Tujuan : Interlaken - Jungfrau. Lepas sarapan, kami terus ke Lucerne dengan tram. Dari tram stop, jalan kaki je ke stesen keretapi dan lepas check jadual keretapi, masih ada sedikit waktu.
Dengan tidak membuang masa, macam kebanyakan pelancong lain kami pun tak melepaskan peluang bergambar depan mercu tanda Lucerne bentuk "pensel" ni. Sebelah aje dengan Lucerne Bahnhof ni.
Dengan tidak membuang masa, macam kebanyakan pelancong lain kami pun tak melepaskan peluang bergambar depan mercu tanda Lucerne bentuk "pensel" ni. Sebelah aje dengan Lucerne Bahnhof ni.
Suasana pagi - Mount Pilatus boleh nampak dari balkoni
Depan Lucerne Bahnhof
Merenung itik
Lepas bergambar kat sini kami pun naik keretapi dari Lucerne Bahnhof untuk ke Interlaken. Macam sebelum ni, dengan Swiss Saver Pass, tunjuk aje kad bila diperiksa dan boleh naik sesuka hati tak kira masa.
Lucerne - Interlaken - Lauterbrunnen - Wengen -Mannlichen
Perjalanan kali ni sungguh menarik, sebab pemandangannya sangatlah indah dan segar, terutama bila semakin hampir dengan Interlaken. Agaknya sebab inilah keretapi ini dinamakan "Panaromic Train".
Pemandangan sebenar lebih cantik dari foto, Masyallah. Memang menakjubkan sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Kira-kira 2 jam perjalanan dari Lucerne akhirnya kami sampai ke Interlaken...dan bertukar keretapi untuk ke Lauterbrunnen.
Indahnya perkampungan depa ni......hai kalaulah ni kampung aku
Pergi ke kedai membeli popia
Singgah sebentar beli berangan
Walau hingga ke hujung dunia
Nasi bekal dilupa jangan
Beberapa minit perjalanan dari Interlaken, kami tiba ke Lauterbrunnen. Dari sini harus menukar kepada special train sebab perjalanan ke Wengen lebih curam.
Tiba di Wengen dengan train hijau kuning.
Anak dara aku ni memang suka kucing tambah-tambah yang gebu macam ni.....kucing cantik ni hidup liar aje....kalau kat Malaysia ramai orang berebut nak jaga dia ni.
View Lauterbrunnen Valley from Wengen
Stesen gondola dari Wengen ke Mannlichen
Dari Wengen ni kami naik pulak kereta kabel atau gondola untuk ke puncak Mannlichen yang lebih tinggi dan bersalji. Enjoy sekejap suasana kat sini walaupun agak sunyi sebab aku difahamkan seluruh kawasan Jungfrau termasuk Jungfraujoch (kami tak ke Jungfraujoch sebab tak cukup masa) takde aktiviti main ski sebab ada banyak kes salji runtuh.
Dalam gondola menuju Puncak Mannlichen
Merasa jugak akhirnya anak anak dan isteri aku pegang salji kat atas gunung ni
Turun dari Mannlichen, kami berjalan-jalan pulak di sekitar Lauterbrunnen. Tempat ni memang menarik dan indah...ada pekan kecil dan hotel hotel yang disusun cantik di celahan gunung-gunung.
Unik jugak batu-batu ni disusun dalam bentuk globe
Pekannya yang kecil dan terdapat banyak hotel kat sini
Kat sini kami dapat menjenguk air terjunnya yang tinggi tu. Rupanya air terjun ni boleh naik sampai ke atas dan masuk dalam tunnelnya. Macam biasa le aku tunggu bawah aje menikmati pemandangan sementara depa tiga beranak naik sampai ke atas sana.
Sampai ke penghujung...basah budak berdua ni terkena percikan air terjun yang kuat kat sebelah tu
Masa turun...laluan bahagian atas air terjun, curam dan tinggi
Walaupun tempat ni cantik, ada bau busuk baja tu yang tak boleh blah...hahhahha
Masa memang selalu aje tak cukup sejak datang Swiss ni. Menjelang senja kami menaiki keretapi menuju ke Lucerne semula. Keretapi melalui Berne sekali lagi untuk trip pulang kali ini.
Dan untuk kali pertama kami solat di dalam keretapi. Dah malam baru kami tiba di Lucerne semula.
Dan untuk kali pertama kami solat di dalam keretapi. Dah malam baru kami tiba di Lucerne semula.
3 comments:
tima kasih banyak2, kerana share pengalaman di sini.....sangat2 membantu untuk yang tercari 2 lokasi menarik di swiss
Sama sama. kalau sempat naik le sampai Jungfaraujoch dan singgah di Grindewald
👌👌👌
Post a Comment