Saturday, December 7, 2013

New Zealand : Day 1

Catatan 21 November 2013

Christchurch - Rakaia Gorge - Lake Tekapo

Inilah kali pertama naik Jet Star. kami dapati seatnya lebih luas dan selesa dari Air Asia. Penerbangan Sydney-Christchurch ini mengambil masa 3 jam. Kami tiba di Christchurch sudah lewat malam kira kira pukul 12.45 waktu New Zealand

Kalau sebelum ni waktu di Sydney kena tambah 3 jam, kali ni kena tambah lagi 2 jam. Maka beza waktu dengan Malaysia  jadi 5 jam. 

Macam sebelum ni beg kami langsung tak diperiksa. Kastam cuma tengok list makanan dan ubatan aje dan terus boleh keluar. Terimakasih le pada orang yang bagi tips ni dalam internet.

Sampai aje arrival kat luar terus aku ke telephone booth dekat main exit dan dail Airways Motel untuk pick up kami dan bawak ke hotel. Tak lama kemudian kereta pun sampai. Dekat aje hotel ni dengan airport. Biliknya memang selesa dan lengkap dengan dapur. Motel ni diusahakan sepasang suami isteri dari China. Punya komited sampai owner dia sendiri yang datang pick up tadi. 

Lega jugak rasanya dapat berehat seketika walaupun sukar melelapkan mata maklumlah dah terlebih "korp" kata orang tua tua yang bermaksud masa untuk masuk tidur sudah terlalu lewat dan pasti sukar untuk lena.

Paginya lepas bersarapan, Airways Motel menghantar kami ke Airport semula sebab aku ada hal sikit kat sana. Selesai urusan segera aku call Jucy Rentals untuk datang pick up kami dan bawa ke office Jucy rental. 




Urusan pick up Campervan dan penerangan tentang cara penggunaannya berjalan lancar. Besar dan luas jugak campervan ni...boleh berdiri dengan sempurna, tak payah nak tunduk tunduk. 

Lengkap dengan katil untuk 4 orang (perlu disusun waktu malam), fridge, sinki, dapur gas, peralatan memasak, heater dan casette toilet (tak sudi aku nak pakai sebab tak sanggup buang #?%¥....hehehehhe). Lagipun New Zealand ni tandasnya ada merata-rata tempat.

Fridge dan pump air sinki boleh sentiasa digunakan walaupun tanpa power sebab campervan ni menggunakan dual battery system di mana ada dua bateri berasingan yang sentiasa di charge semasa memandu. 

Jadi bebas membeli pelbagai bahan mentah dan memasak di mana mana sahaja yang disukai dengan adanya fridge dan air sinki ni. Melihat saiznya aku dah tau campervan ni mudah dikendalikan. Tambahan pulak gearnya automatik.


Kejap je dah boleh faham fungsi campervan ni...yang penting cuma pastikan semua peralatan mesti boleh digunakan sebelum gerak...test sampai boleh

Route untuk hari pertama



Tak berlengah lepas je dapat campervan kami pun menuju ke Park N Save di 297 Moorhouse Ave, Sydenham. Sekejap aje nak sampai sini. Terus kami beli barang barang yang perlu termasuk bahan mentah untuk bekalan selama beberapa hari. Ayam halal Brinks pun ada sini. Kena limit sikit sebab takut tak muat peti ais dalam campervan.


Perjalanan disambung semula. Destinasi akhir sebelum malam menjelang adalah Lake Tekapo. Ada dua route sebenarnya untuk ke sana iaitu melalui Ashburton atau Rakaia Gorge. Tapi kami memilih Rakaia Gorge bila terlihat keindahan sungai ni dalam internet. Cadang nak lalu Ashburton bila balik nanti.





Pemandangan kiri kanan jalan memang cantik dengan ladang biri-biri dan lembu walaupun cuaca agak mendung ketika ini. Seronok tengok biri-biri yang gebu-gebu, cuma geram sebab tak dapat nak amik gambar dekat sebab biri-biri ni penakut dan asyik lari aje bila dihampiri. 

Beberapa jam perjalanan akhirnya kami tiba di Rakia Gorge. MasyaAllah. Tempat ni memang cantik. Sungainya dipenuhi air yang kehijauan mengalir tenang. Boleh tahan sejuk cuaca masa ni.....tak mengapa jaket dan sweater ada. 

Kat sini ada jugak bilik air untuk kegunaaan awam. 





Kenangan bersamamu di Rakaia Gorge



Batu bersurat??


View dari atas tebing tinggi lepas jambatan ni tersangatlah indahnya....tapi bila tengok balik dalam foto ni nampak landai dan biasa aje, heran aku.

Jambatan ni tak boleh berselisih, kena tunggu giliran. Tapi masa aku lalu takde kereta lain pun

Seronok kami kat sini. Kalau ikut depa nak lepak lebih lama, tapi sebagai ketua rombongan Cik Kiah aku lebih arif yang masa tidak begitu cukup untuk berlama lamaan.....jadi perjalanan disambung semula.







 Dari kejauhan terlihat awan kelabu semakin berarak pergi......ada harapan langit membiru menanti di hadapan

Kami melepasi beberapa bandar seperti Geraldine dan Fairlie sebelum cuaca bertambah cerah dan pemandangan kini menjadi semakin indah terutama bila menghampiri Lake Tekapo. 

Deretan gunung gunung bersalji yang tersusun indah serta dihiasi langit yang membiru menyebabkan kami secara spontan menyebut Mashaallah berulang kali.


Orang pompuan ni tak boleh tahan tengok bunga....depa pegi petik bunga lupin ni tepi jalan...marah PBT NZ kalau dapat tau hahahaa

Akhirnya tiba di Lake Tekapo sudah agak petang. Sebelum check in di Lake Tekapo Holiday Park kami sempat singgah sebentar di pinggiran tasik termasuk di spot utama pelancong iaitu "Church of Good Shepherd" (tak berapa gemor teman church ni sebab tu tak ambik gambar pun).





Alangkah indahnya pemandangan Lake Tekapo ni dihiasi rimbunan dan gugusan bunga lupin yang beraneka warna. Sesuailah dengan rankingnya yang termasuk antara 10 tempat tercantik di dunia. Terpesona kami menikmati keindahan seperti ini.

Bimbang receptionist Holiday Park tutup, kami check in terlebih dahulu dan kemudian datang semula ke spot yang sama untuk menikmati keindahan suasana senja di sini.




View macam ni paling aku suka sebab ada background snow capped mountain



Untuk penginapan semalaman aku telah menempah Ensuite Cabin di tempat ni. Sebenarnya kalau nak tidur dalam Campervan kami pun boleh jugak kat power campsite di Holiday Park ini, tapi sebab harga power campsite ikut pax, bila kira balik, aku dapati perbezaan harga sikit aje, jadi sudah tentu aku pilih Ensuite Cabin. Selesa sungguh cabinnya dengan view tasik. Cuma kekurangannya ialah tiada dapur untuk memasak walaupun aku dapati peralatan dapur yang lain serba lengkap, sedangkan dalam websitenya tulis ada dapur. Macamanapun kat sini ada Communal Kitchen, tapi kena share la dengan mat saleh. 

Malas aku nak komplen lagipun dah lewat. Apa yang aku buat ialah parking campervan sedekat mungkin dengan cabin dan masak dalam campervan. Settle. 


Motorhome and Campervan Power Campsite

Musykil aku dengan style mat saleh ni......dah banyak kali aku jumpa motel atau kabin yang nampak usang diluar tapi cantik di dalam. Macam dalam cerita senario aje.  



Menu untuk malam ini kari ayam, ayam percik (special request by Haikal) dan telur dadar. Seharian berkelana, makanan terasa sungguh lazat.

65 comments:

casa nayafana said...

Nice blog

Kak Z said...

Very nice n informative blog, nak tanya how do you know the place which website to refer to. Akak pun teringin nk gi holiday like these... Free n easy... Boleh masak sendiri, terjamin halal n jimat sikit. Dont mind if u can share the info, thanks

am said...

Website Tripadvisor untuk attraction dan aktiviti, Booking.com untuk accomodation, Jucy rentals untuk Campervan,Motorhome website, Holiday Park website dan selalu gak google for information

Anonymous said...

menarik dan tertarik.info yg amat berguna.rasanya cuti sekolah bulan 5 nnti nak pergi sana bersama family.tpi mcm berape berani. berape rm sewa campervan sehari.

am said...

Asal ada GPS tak masalah kat NZ ni.Jalan dia mudah. Campervan kena tgk website Jucy pasal harga ikut musim.

queen said...

Salam.. Nak tanya next week saya akan travel di south island nz menggunakan campervan.. Tp jenis yang ada toilet didalam.. Cuma mcm mana kalau kita nak tido waktu malam dalam campervan? Boleh ke parking kat mana2?

am said...

Wsalam.kalau ikut law mmg kena parking kat holiday park waktu malam kecuali setengah tempat yang dibenarkan spt lake pukaki, lake moke etc. Kena check DOC website. Tapi kalau berani boleh aje parking tempat tersorok sikit tepi2 tasik sbb nampak mcm tak strict sangat enforcement law dia. Paling teruk kena suruh move aje.

Giselle said...

Salam. nak tanya jugak :) arrival kt Christchurch airport tu kena declare food, ubat? apa food boleh, apa xbole? just wondering.

am said...

Yes kena declare semua. Buat list untuk food name, category dan qty. Asalkan food ada proper packing dan label mmg x masalah.

Anonymous said...

Salam..en.amran..ok ke guna campervan xde toilet mcm ni? Byk eh toilet tepi jalan? Sbb yg complete mcm kea campervan tu sy cek mahal sangat harganya

am said...

Wsalam...campervan ni ada toilet sebenarnya,tp jenis toilet dia tak brapa selesa.kami tak guna pon sebab public toilet ada merata rata.tp yg jenis motorhome tu confirm la selesa.

Adreen Nordin said...

Salam En Amran. Bulan depan saya akan ke NZ. Nak tanya. kalau booking campervan, advisable to take insurance sekali tak?
Thank you.

am said...

Wasalam
Seharusnya amik insurance sebab lepas ribuan km memandu macam macam boleh jadi.

Faz Jafar said...

Salam En. Amran. Saya plan nak ke South Island bulan Nov. depan. Banyak dapat info dari blog ni. Nak tanya, driving licence Msia boleh guna untuk sewa kereta di NZ (sama spt Aussie) atau kita kena buat translation lesen tu? Saya plan nak sewa from Jucy/Lucky Rental gak sbb murah dari yang lain.

Lagi satu, which route lagi berbaloi scenery-nya dari Christchurch ke Tekapo/Queenstown? 1. Inland Scenic Route 72 yang En. Amran lalu from Chc to Tekapo, atau 2. lagi satu jalan (Rolleston - Ashburton - Geraldine - Tekapo)? Saya plan hanya 1-way ke Queenstown, dan balik semula ke Chc dgn flight sbb kesuntukan masa.

Terima kasih.

am said...

Wasalam
hari tu jucy tak mintak translation pun walaupun sy dah prepare.tapi kalau risau buat aje kat JPJ kena RM20

ttg route pulak nampak macam lebih kurang sama aje, cuma route sy melalui rakaia gorge yang mmg lebih cantik dari rakaia river untuk route ashburton.

Faz Jafar said...

Okey. TQ. Kalo camtu, saya pilih Inland Scenic Route tu jugakla. Tengok dlm gambar kat atas tu, sungai tu mmg cantik sangat. :-D

Unknown said...

Slm en.am...sy akn bertolak ke nz dec nanti.cuma nak tahu psl holiday park/campsite ni adakah kita kena booked awal2?kat mana kalau nk book.sbb dr info yg dibaca..pegawai bertugas disitu ada hanya waktu kerja shj.kot kami tiba da mlm jenuh plak cari drg.tq

am said...

Booking masa dah sampai pun boleh.but to be safe once you dah finalize itinerary lebih baik booking sebab december ni peak time. Website holiday park ada tiap2 tempat, contohnya kalau wanaka type aje holiday park wanaka. Mmg betul holiday park tutup on time, jadi kena plan masa betul2. Tapi kalau setakat christchurch ke lake tekapo tu kalau start awal pagi memang sempat sebab jalan mmg x de traffic jam

Unknown said...

Ok tq diatas info trsbut..
Sblm terlupa..psl wifi n gps ni..sedia maklom pihak motohome bagi kita buat pilihan add on.jadi sy plan hanya nak add on wifi shj..gps nk guna henpon je..possible x?sbb takut wifi tu hanya avail tuk gps yg mereka sediakan shj.even tuk kita surfing pon xdpt..mohon mklumat berkenaan.

am said...

Joel,
tak berani nak advise pasal GPS henpon ni sebab pengalaman saya kat Malaysia pun guna Garmin GPS jauh lebih pantas dan selesa dari GPS henpon yang agak slow. Tapi you may try kalau confident.

Unknown said...

Okay..klu mcm tu kene tgk cmne.
Seme tu kene consider gak..kang hangg ke apa nanyer.

kkida @ 1001resipi said...

Subhanallah, cam sesak aje nafas saya tengok gambar2 yang en amran ambik...cantiknye negara mereka...bilalah saya nak sampai ke NZ ni...huhu...terima kasih...very informatif blog...:)

am said...

Kkida,
mmg sgt cantik. Insyaallah ada rezeki sampai la tu

Anonymous said...

Slm en.amran... sy pernah dulu pasal swiss... alhamdulillah dgn guide en.amran semua berjalan lancar... kini sy merancang utk ke NZ pada bulan mac.. tp trtanya2 adakah view masa bulan mac tu secantik masa spring n summer...?

am said...

Waalaikumsalam,

View tempat cantik macam NZ ni banyak bergantung pada warna langit (terbaik warna kebiru-biruan). Kalau tak salah Mac adalah awal autumn. So tak dapat nak teka cemana cuaca masa tu, hopefully still biru macam summer

Witha said...

Salam En Amran.. InsyaAllah bulan Ogos nanti saya akan ke NZ. Saya nak tanya, En masak nasi tu, ada periuk nasi ke dlm campervan?

am said...

Waalaikumussalam,
mmg ada. Peralatan memasak campervan jucy ni serba lengkap

Unknown said...

Assalamualaikum,

Menarik baca blog abg pasal New Zealand dan insyallah klau xde ape2 hujung thn ni akan ke sana.

Cuma saya nak bertanya, Perlu ke x beli simkad tel baru bila dekat sana?

Lagi 1, berapa bajet seorang untuk perbelanjaan dekat new zealand sahaja.

Last, dekat mana abg tukar duit NZD? Dah sampai sana atau dekat M'sia?

am said...

Waalaikumusalam Rodie,
Biasanya saya kalau berjalan2 macam ni tak tukar Sim Kad.
Semua sekali termasuk flight dan campervan RM 5K dah mencukupi. Saya tukar NZD kat MAlaysia.

Unknown said...

assalamualaikum
saya nak pegi bulan august ni....parking utk motorhome ikut per person ke?berape ye ....boleh tak bagi contact number...sbb byk nak tanya..atau pon boleh whats up no saya 0192671300....tq

am said...

Waalaikumusalam. Parking motorhome Nzd 20 per person average.tanya aje apa2 kat sini. Mana yg mampu sy jawabkan

Anonymous said...


Assalamualaikum.. saya akan ke nz nov ini, nak tanya di mana saya blh download map utk garmin gps? sbb saya akan bwk sendiri garmin dr mlysia.. tq for respon. ~mas~

am said...

Boleh try website ini : http://nzopengps.org/. Free katanya. Tapi saya dulu mintak Kedai GPS kat AEON install map Australia dan NZ.

Unknown said...

salam,flite tiket dr msia ke nz berape ye?lg jimat pergi sndiri ke dr ikot trip?

am said...

Waalaikumussalam,
Saya transit kat Sydney. KL - Sydney RM3880. Sydney - Christchurch AUD 1256. Semua tu harga untuk 4 orang. Of course pergi sendiri lagi jimat,lebih enjoy dan boleh buat program sesuka hati.

Unknown said...

boleh saya dapat no hp.. saya nak buat petayaan ke new zealand pada may 2016. tq

rgds
fauzani
0126225242

am said...

Fauzanni,
E mail ke uwaisqarni467@yahoo.com. insyaalah nnt saya cuba jawabkan mana yg mampu.

nhhas said...

waaaahhh jelesnya ...
jeles se jeles jelesnya.

sebab tiada perancangan mendarat di christchurch... maka sy tiada google ttg christchurh.

skaliiiii...flight tak boleh landing diqueenstown... terus di bawa nya kami ke christchurh...

dah lewat petang...

jam jam tu juga drive g queenstown straight 8 jam... lalu semua beautiful lake tu dalam keadaan gelap gelita tanpa sebarang cahaya melainkan lampu depan kereta...

tumpang tengok gambar kat blog sini lah...

am said...

nhhas,

Tak de rezeki le tu. Tak pe boleh dijadikan alasan untuk ulang lagi in future

Anonymous said...

Salam En Am

Nak minta tip. Saya akan bercuti berdua shj di pulau utara dan bercadang guna kereta sewa. Bolehkah kereta sewa parking di camp site. Jika caj di camp site $20/orang, ia lebih murah berbanding sewa motel.

Tk

am said...

Waalaikumusalam,
Kalau ikut pengalaman saya dia nak kita bayar aje, dan dia bagitau petak mana untuk kita dan lepas tu dia tak check apa apa pun. Macamanapun kalau nak betul2 confirm hantar lah e-mail ke Holiday Park. 2-3 hari nanti dia jawab lah.

Unknown said...

Salam..saya nk tumpang tanya..jika dari penang..harga unt return tiket..lebih kurang dari kl-chc ke

am said...

waalaikumusalam,
Mahal sikit rasanya

Anonymous said...

Assalam tuan, nak muntak advice sikit oasal campervan ni. Bole x share quote dr jucy? Sbb sy xberapa sure details dia n takut if ade hidden charges. Lagi satu nk tanya, jucy camper ni sempit/ kecik ke? Sebab review banyak cakap sempit. Hope boleh advice. Terima kasih.

Unknown said...

Assalam tuan, nak mintak advice sikit pasal campervan. Bole x tlg share quotation psl campervan tu sbb nk booking ni tapi still rasa doubtful. Takut ade hidden charges yg xperasan. Mostly review ckp jucy campervan kecik n sempit. Betul ke ye? Hope en amran dapat tolong. Tq

am said...

Wbt.Masa kami booking semua sekali nzd 1350 termasuk stress free insurance dan picnic table...jucy ni memang lebih kecil berbanding motorhome sesuai dgn harganya yang murah. Setakat nak tidur dan memasak utk 4 org takde masalah. Ramai je yang guna. Tapi kalau nak yang lagi besar dan selesa kena amik motorhome.

Unknown said...

Ouh ok. Terima kasih for info. Sewa campervan tu price untuk berapa hari? 8 hari ke? Sebab sy sewa utk 6 hari n the differ is too big. Sebab tu sy risau.

Anonymous said...

Packing up your possessions can take a long time, and you are probably busy enough already. This is why you should consider hiring some professional movers to help you pack up and move out. It is often better to help some professional movers help you, even though it will cost you a little extra money.
car rentals gold coast

download Film free said...

Aahhhh, this post makes me wanna go there now! As in now! Haha

Unknown said...

Assalammualaikum,

Saya dgn suami n anak akn bertolak ke Auckland raya haji ni. Dati Auckland kami akan ke christchurch dgn jetstar. Dijadualkn tiba di christchurch dlm kul 9.45am. Campervan n accomodation di lake tekapo dah book. Sy nak minta bantuan blh bg anggaran masa perjalanan dari christchurch- lake tekapo-queenstown-te anau-milford sound ? Setahu sy masa yg diberi oleh google kurang tepat. Dan blhkah guide saya utk route blk dr milford sound ke christchurch sb sy hny ada baki 2 hari selepas cruise di milford sound. Maksudnya sy harus bertolak dari milford sound selepas cruise dlm kul 2 ptg tapi harus menghala ke mn utk bermalam? Terima kasih.

am said...

waalaikumusalam,
Jarak dalam google adalah tepat, cuma masa perjalananan kena adjust sikit sebab mengambilkira kesesuaian menggunakan campervan dan masa mengambil gambar,melihat view, berhenti, masak-masak dan lain-lain. Secara umumnya tambahkan 45 minit - 1 jam dari masa yang dicadangkan google untuk lebih selesa dan selamat.
Perjalanan Milford ke Dunedin 6 jam lebih. Kerana Cruise 2 petang paling sesuai bermalam di Dunedin, esoknya baru sambung ke Christchurch.

Unknown said...

Terima kasih kerana reply pertanyaan saya. Byk informasi yg sy dpt.

Anonymous said...

salam, just nk confirmkan, u pny trip start 21 nov ke? sbb cuaca sgt nice and saya nk merancang utk trip sy jgk. thanks ya

am said...



Waalaikumusalam,
Dari Malaysia start 18 Nov, singgah Sydney dulu dua hari. Christchurch memang start 21 November. Memang rezeki cuaca agak baik masa tu.









Anonymous said...

thanks yer. wishlist 2017. harap2 dapat smpai sbb cantik sgt tempat ni

Unknown said...

Salam Sejahtera,

Terima kasih pada tuan sebab berkat dari membaca blog tuan serta beberapa pengalaman dari bloger lain, sy serta keluarga dah berjaya sampai ke sana pada 18-26 NOV 2015. Cuaca waktu ni mmg sngt sesuai sbb x terlalu panas dan x sejuk sngt. Cuma bila berangin tu je sejuk sikit. Pakai baju sejuk biasa pun dah cukup. Cuma nasib kami kurang baik sbb sepanjang berada di Milford sound, cuaca hujan sepanjang masa. Tempat lain mmg cantik/cerah je sepanjang masa. Waktu siang pun panjang, jd bnyk tempat leh singgah utk bergambar. TP ttp rs xcukup masa sbb banyak permandangan yg cantik yg nak disinggahi. Setiap masa nak klik je kamera kalau boleh. hehehehhe.

Cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman ttg Motorhome. Dari segi saiz mmg besar dari campervan dan pemanduan pun agak sukar lebih-lebih lagi bila cuaca berangin sbb motorhome akan bergoyang je. Lagi satu, klau jalan sempit (jalan ke Larnach Castle) mmg terasa sngt. Kecut perut orang rumah disebelah. Nak parking mmg kn jauh ckit dari pusat bandar (Queens town/Dunedin/Christchurch)sdd perlukan 2 parking space. Boleh ambik advice dari officer dkt campsite. Bila nak ambik selekoh atau keluar parking, mmg kn ambik side sikit sbb takut gesel dgn kereta sebelah. Tp klau ada ambil insurang ms booking, xperlu risau sngt, insuran akan cover, cuma perlu byr admin fees je bila berlaku kemalangan. Yang penting masa memandu, kn beringat yg kita bw kenderaan tinggi, so xsemua kawasan boleh redah. Kalau mampu, pilih lah motorhome auto, mudah dan senang keja.

Buang air dan refill air kn buat tiap ari sbb klau macam org kita, mmg bnyk guna air, takut x cukup je bila disaat memerlukan. Booking camp side klau boleh buat awal sbb sesetengah camp site, bila kita sampai dah lewat dan kemungkinan tiada kekosongan. Lagi satu, nasihat sy klau boleh pilihlah campside yang ada power sbb klau x, takut kesejukan dimalam hari (terutama kawasan seperti Lake Tekapo/Lake Pukaki/wanaka/queens town/teanau/Milford sound). Sebab klau nak guna heater dalam motorhome, kena ada power baru dapat guna. Klau harap selimut je, xcukup sbb selimut pun sejuk juga. hehehehe, Tapi klau dah sampai dunedine, timaru, christchurch dah kurang sejuk dah. Panas lebih kurang malaysia klau waktu tgh ari.

Kami pun ambik laluan yg sebih kurang sama dgn tuan dan mmg cantik route tersebut. Cuma kalau boleh elakkan sampai ke camp site lewat sbb nak set up motorhome utk masak/mandi/membasuh dan tidur akan ambik masa. Lebih-lebih lg kalau ada anak kecik. Masing2 kn ambik tugas masing2 sendiri. Apapun, pada yang ingin bercamper van / motorhome, new zealand mmg tempatnya. Itu saja coretan pengalaman yg dapat dikongsi agar dapat menambah serba sedikit ilmu untk para pembaca blog ni.

Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan pada tuan.
Sekian,
Salam.

am said...

Sdr Rodie,

Sama-sama. Gembira sebab info blog saya yang tak seberapa ni membantu saudara.NZ memang terbaik, tapi cuaca memang tak boleh predict. Saya tengah mengira-ngira duit tabung ayam saya nak ulang NZ lagi....hehehehe.

Nor Sa'adah Mohd Masri said...

Alhamdulillah...seronoknya baca blog ni..tq atas info yg amat bermanfaat.insyaAllah bln 3 thn depan sy akan ke sana. Nak tnya agak2 brp kos petrol sepanjang perjlnan kat sana?? Tq

am said...


Alhamdulillah. Kos minyak campervan lebih kurang NZD 450

Unknown said...

salam cik sy nak tnya, klau sy nk pergi musim winter. perlu x sy include skli dlm sy pnya car rental untuk tyres snow chain tu?
n if let said sy x nk amk gps.. just open fon line and used gps dlm fon. line d sana stable x?
and for ur advice pnting x ambil insurnce yg full coverage tu? sbb ada yg ckp x pnting sgt sbb jln x byk kreta klau nk blngar tu bleh jd kta blngkar sorng2? n insurnce fee yg full coverage pon quite expensive. almost same harga sewa kreta dah

am said...

Waalakumuaalam,
Pasal snow chain tu saya x pasti sebab pegi dulu masa spring. Gps dan handphone kalau yakin boleh je guna hp. Risiko memandu kurang sikit kat NZ jadi insurans yang minimum coverage utk kemalangan kecil dah memadai.

Sarah Zainol said...

Salam
Nak tanya,boleh tak bawa rice cooker?

Thanx ��

am said...

Waalaikumusalam,

Boleh aje bawak rice cooker kecik masuk dalam luggage, pastikan ada international adaptor.

Unknown said...

Thanks for sharing information about Renting Adapted Cars in Specific Countries, great job for posting such a nice article.
motorhome rentals Sydney

am said...

You welcome