Tuesday, December 24, 2013

New Zealand : Day 7

Catatan 26 November 2013

Dunedin - Peninsula Otago - Larnach Castle

Peninsula Otago Road

Pagi yang tetap ceria di Dunedin walaupun cuaca agak mendung dan berangin. Destinasi hari ini semestinya Peninsula Otago Road yang diletakkan sebagai main attraction di Dunedin ni. 

Selepas menikmati spaghetti goreng, kami terus check out dari motel yang best ni. Sebelum memasuki Peninsula Otago Road kami terlebih dahulu menyusuri bahagian persisiran pantai sebelah kiri sehingga ke Saint Leonard sebelum berpatah balik.
 

Isi minyak kasi penuh lagi

Laluan ni bersetentangan dengan Peninsula Otago Road di seberang sana

Unik........laluan keretapi di kiri kanannya ada laut

Selesai laluan ini, kami singgah sebentar di Train Station Dunedin yang katanya bersejarah. Nun di seberang sana terlihat pulak Cadbury Chocolate Factory tapi tak masuk pun.

Nampak segar suasana di train station ni. Yelah kan mestilah segar dalam sejuk-sejuk dan berangin ni....hehehhee.

Dunedin Train Station


Habis kat sini kamipun mula menyusuri Peninsula Otago Road. Pemandangan tetap nampak menarik sekalipun dalam cuaca seperti ini. Kami membayangkan yang view ini tentu jauh lebih cantik jika cuaca terang seperti di Milford Sound semalam.

Kalau aku ada magic macam Merlin......mesti aku dah buang kabus ni......barulah cantik


Laluannya agak berbukit dan jalan kadang-kadang sempit, tapi masih ada beberapa lookout yang boleh berhenti untuk menikmati pemandangan. Kami pergi sampai ke hujungnya iaitu di Harrington Point, Royal Albatross Colony.

Sejuknya kawasan ini ditambah dengan tiupan angin laut yang kencang. Menerokai kawasan ni memang mengambil masa yang agak lama sebab laluannya yang berliku-liku.



Kuda ni memang cute 


Royal Albatross Centre.......sejuk sungguh masa kat tempat ni

Sombong la depa ni...gigih wife aku intai nak dapatkan gambar dari dekat...kalau nampak mesti habis lari punya


 Laluan persisiran pantai

Next kami singgah pula di Larnach Castle yang berada di laluan yang sama. Inilah satu-satunya Castle yang wujud di New Zealand ini. Bayaran masuk ke tamannya saja NZD32 untuk 4 orang. Kalau masuk dalam Castle kena tambah lagi.

Cantik tamannya tapi tak boleh nak berlama-lamaan sebab cuaca semakin dingin aku rasakan terutama bila kena tiup angin . Dah peringkat terketar-ketar ni.....






Suka wife aku dapat ambik gambar bunga macam ni


 

Berikutnya kami terus ke Dunedin Holiday Park untuk check in. Rupanya aku menempah apa yang dinamakan Tourist Flat. Biliknya simple dan kecik sikit dari semalam.

Tak de apa nak komplen, dapur lengkap, katil selesa, cuma rasa tak best sebab kat biliknya banyak betul kata-kata peringatan dan notis. Yelah.....rasa macam disiplin lebih, udah macam kat asrama masa teman kecik-kecik dulu.....itu yang teman tak berapa gemor.....hehehhe.

Sesapa yang terbaca blog aku ni, kalau kat Dunedin, aku lebih rekomen stay kat Beach Lodge Motel yang kami tidur semalam berbanding Holiday Park ni.


Lepas makan kami sekeluarga tertidur agak lama. Maklumlah, agak letih dan sejuk-sejuk macam ni mata asyik nak tertutup aje. Macam ada gam melekat kat pelupuk mata tu.

Beras yang sedap kat sini jenis yang gambar di atas. Jenis lain kurang sikit dari segi rasa.
Lewat petang baru terjaga...kami pun keluar sekejap pusing pusing bandar Dunedin dan masuk ke Supermarket Countdown. Sebelum balik ke bilik singgah kejap di St Kilda Beach...nampak gelap le pulak.


Menu malam ni kari salmon yang kami beli kat Countdown tadi. Rasanya tetap sedap cuma kurang sedikit dari salmon yang dibeli di High Country Salmon Farm tempohari. Agaknya datang dari ladang yang sama cuma sudah tersimpan beberapa hari.  

13 comments:

Ren said...

Cantik sungguh NZ ni kan..Walaupun cuaca agak gloomy, tapi tetap cantik.

am said...

memang cantik....rasa nak ulang...kena himpun duit lagi nampaknya

Unknown said...

Amran,
Kalau dekat Europe dgn New Zealand mana best dari segi pemandangan dan lain-lain? Rasa anda dah sampai ke Amsterdam. Mana lebih best? Saya dok plan ke Europe atau New Zealand.

am said...

1. Kelebihan Europe boleh pergi banyak negara dan negara tercantik Europe ialah Swiss.Kalau nak bandingkan, NZ lebih cantik dari Amsterdam for sure.
2. Kelebihan NZ adalah viewnya hari-hari cantik dan terasa lebih privacy dan boleh buat aktiviti sesuka hati.Bercampervan di NZ sangat seronok, jalan tak sibuk dan paling best masak2 di tepian tasik

noya ahmad said...

memang salmon kat twizel tu sedap gilerr..sy makan sashimi smpai skrg teringat2 lagi

noya ahmad said...

saya baca blog awak rasa nak nangis nak pergi lagi hahaha.
mmg nk kumpul duit pegi lagi sob sob

am said...

Betul tu kena siap tabung ayam dan itik banyak-banyak. NZ mmg negara yg terasa sgt nak ulang

Mulan said...

woaaahhhh meronta2 dalam diri rasa nak pergi south island pulak... tqs for sharing...!!! kalau last minute dapat pergi, harus wajib copy paste trip tuan ni je..

am said...

Mmg betul NZ buat orang rasa teruja. Kami sekeluarga baru last year pun dah terasa nak repeat

Mulan said...

saya mohon nak tanya tentang listing food & ubat.. nak buat macamana.. ada borang tertentu kena dapatkan di mana2 ke, atau boleh print je kita list out semua yg kita nak bawak?

tqsm

am said...

Mulan,
list tu prepare sendiri. Refer to my entry : New Zealand trip.

Unknown said...

salam...akak cover selatan dan utara ke...atau selatan saja ek.
hehe

am said...


Waalaikumusalam

Kami dulu selatan saja. kalau ada banyak masa, dua dua sekali sapu, baru puas melancong