Tuesday, March 19, 2013

Gold Coast : Day 1

Currumbin Wildlife Sanctuary

Catatan 8 March 2013

Alhamdulillah diberi Allah kesempatan untuk melancong sekali lagi. Destinasi kami kali ni Gold Coast Australia. Air Asia ada tiket promo bulan September tahun lepas. Tak lepaskan peluang aku terus sambar cepat-cepat sebelum kehabisan. 

Plan tiket aku dah bagus iaitu pegi masa cuti sekolah kanak-kanak berdua ni. Apa boleh buat, tetiba aje cuti sekolah dianjakkan ke hujung March. Terpaksalah aku bagi cuti sendiri kat depa ni.

Maka setelah sekian lama, pada hari khamis kamipun bertolak dari Manjung menuju ke KL. Untuk kali ni aku decide letak kereta di parking lot Hotel Royale Bintang. Selamat, berbumbung dan kadarnya cuma RM15.00 sehari. Dari hotel ni terus kami amik teksi ke KL Central...tidak berlengah mengambil Skybus menuju LCCT terminal.

Sampai di LCCT sempatlah lagi makan, solat maghrib sebelum check in. Pukul 9.45 malam Air Asia Airbus departure menuju Coolangatta Airport dan penerbangan mengambil masa 8 jam. Macam 2010 dulu makan nasi lemak Pak Nasir sekali lagi.




Coolangatta Airport

Pesawat mendarat di Coolangatta airport lebih kurang 7.20 pagi waktu Gold Coast. Lega sungguh pasal airport immigration langsung tak periksa lugage kami. Dia sekadar bertanya apa yang aku bawak. Aku explain semua yang aku declare dalam form masa dalam flight tadi......terus dia suruh jalan. 

Suasana agak nyaman maklumlah sudah masuk musim luruh. Dalam mengantuk-ngantuk tu terus aku menuju ke kaunter Budget Car Hire, settle kan booking aku.

Untuk penggunaan 6 hari kereta Hyundai Elantra Auto yang masih baru ni, AUD 275.00 dikenakan. Lesen memandu memang tak de hal sebab staf-staf budget ni dah biasa sangat dengan lesen dari Malaysia dan tak perlukan sebarang translation pun.  

Aku memang dah decide untuk bertawakkal aje kali ni dan tak amik sebarang Reduction Insurance. Sebelum ni aku cadang nak amik aje dari Cut Price Rental yang lebih murah, tapi baca macam-macam komplen kat Trip Advisor pasal depa ni terus aku cancel. 

Destinasi pertama lepas dapat kereta Currumbin Wildlife Sanctury. Dengan adanya GPS, senang je nak cari tempat ni yang begitu hampir dengan airport.

Tiket masuk untuk 2 Adult + 2 kids AUD 131.00. Dalam sini memang sesuai naik keretapi (kecuali ada yang tenaga lebih nak berjalan) sebab tempat-tempat yang dituju memang jauh satu sama lain.

kenangan bersamamu......Currumbin Wildlife Sanctuary

 Tempat mula-mula kami turun tu dekat bird show,


Hebat.....memang luarbiasa bird show ni. Entah ilmu apa mat saleh ni pakai burung-burung tu semua sungguh mendengar kata. Suruh buat apa pun boleh. Lagi hebat burung yang boleh sambar makanan tak kira macam mana dibaling sekalipun. Sungguh cekap. 

Pekerjanya pun nampak sungguh komited dalam melatih burung-burung ni dan aku agak depa mesti sayang akan mereka, siap ada nama masing-masing.  


Lepas bird show ni, pegi tengok Koala pulak. Memang betul dia ni pemalu dan kaki tidur. Tapi memang dah rezeki, kat kandang sebelah kami terjumpa beberapa ekor yang tengah makan. Subhanallah, Sungguh comel Kaola ni. Tengok dia aje dah rasa seronok. Itu belum pegang lagi.



Nampaknya kaola ni lagi pemalu dari sesetengah anak dara zaman sekarang yang selamba aje jelir lidah dan upload kat fb

Next kami ke show mengetam bulu biri-biri. Walaupun show ni fun dan pengacara pandai buat lawak, tapi kami kesian la pulak tengok kambing biri-biri tu habis tinggal togel.



Seterusnya kami naik train lagi dan berhenti di next stop yang favourite iaitu tempat tinggal kangaroo. Wow....sungguh seronok dan amat puas hati dapat bermanja-manja dan bagi makan kangaroo. Kangaroo ni sangat hensem rupanya.

Tak sangka aku binatang ini betul-betul jinak, seakan-akan kucing. Alangkah seronoknya dapat membelai-belai tengkuknya, dan memeluk-meluk belakangnya.




Seronok pulak tengok telatah takut-takut anak mat saleh yang comel ni nak bagi makan kangaroo




Dalam banyak banyak kangaroo ni...dia ni lah yang paling aku suka

Tak ketinggalan jugak bagi makan burung unta....tapi bebudak ni suspen sikit takut tangan kena patuk, maklumlah muka burung ni nampak garang

Kangaroo ni selamba je tidur merata rata...terbongkang pulak tu





Ini masa naik keretapi nak balik...Lama jugak kami habiskan masa kat tempat kangaroo ni. Sayang aje nak tinggalkan tempat ni.

Keluar aje dari Currumbin Wildlife, kami menjenguk Currumbin beach yang terletak berdekatan. Suasana pantai sungguh nyaman dengan tiupan angin dingin.


Seronok kalau dapat melepak-lepak lebih lama tapi perjalanan harus diteruskan sebab semua orang sudah letih maklumlah mengharungi 8 jam dalam flight dan beberapa jam pula di Currumbin sebentar tadi. 


Keluar dari pantai ni, masa on the way tu ternampak ada sebuah Asian Supermarket...apa lagi terus singgah beli udang, ikan, sayuran dan lain-lain. Perjalanan disambung lagi menuju ke Surfer Paradise. Walaupun The Shore tiada dalam GPS, pakar GPS aku Arif Haikal set-up GPS ke Surfer Paradise. 

Dari jauh dah nampak tulisan besar SHORE menandakan kami sudah tiba di Apartment The Shore yang aku tempah ini. Keluar dari kereta bebudak ni ketawa dan sungguh gembira sebab depa ni tak pernah rasa tiupan angin sekencang ini. Beg beroda pun tertolak laju ke depan. Satu pengalaman baru.

The Shore ni receptionist dia semuanya opah-opah belaka. Kami ditempatkan di bilik 114 yang sungguh selesa. Walaupun boleh nampak laut........ini bukan bilik Ocean View yang dijanjikan. Next day aku request pindah ke bilik Ocean View pulak di tingkat 2.

Dua-dua bilik ada kelebihan. Bilik tingkat 11 lebih baru tapi view laut tu cuma boleh nampak dari tingkap tepi. Bilik ocean view ni pulak agak klasik tapi pemandangan dia memang superb. Apapun sungguh selesa untuk tidur, masak dan berehat. Tak perlu aircond sebab angin dingin sentiasa masuk bila bukak tingkap.


Apartment masa hari pertama ni ada 1 bilik...kat hall ada sofa panjang yang sangat selesa untuk bebudak ni tidur

Gambar atas dan bawah ni view dari dalam bilik tingkat 11


Lega rasanya dapat berehat di sini. Untuk hari pertama ni, makan malam kami adalah nasi putih, tomyam udang dan sayur-sayuran, telur dadar dan ikan lengat. Sedap..

15 comments:

neneq said...

alhamdulillah

thanks for sharing your happy moments with your family
banyak tips yang saya dapat apabila saya baca blog awak dan in sya Allah saya dan family akan ke gold coast june nanti

said...

Mmg best gold coast ni... enjoy your trip later

neneq said...

bole kasi tips on petrol car
how much full tank

tks
ema

said...

Sy tak ingat berapa. yang saya ingat masa hari tu satu tangki penuh tak habis digunakan sampai balik dan Budget car hire charge dalam cc saya.

neneq said...

ok terimakasih

Unknown said...

Post yg menarik. Tq. Bulan depan nak pegi gold coast hehe btw kalau ada masa jemput singgah ke blog kami.. thetravelling3o.com :)

said...


Have a nice trip to Gold Coast next month.

Unknown said...

trima kasih atas panduan d gold coast..insyaallh april yg akn mnjelag..kami skluarga akan k sana

said...

Sama sama

Unknown said...

ok x apartment tu? boleh memasak? berapa aud semalaman dan berapa org boleh masuk

said...

lily,
Apartment ni memang ok dan lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. Apt yang kami ambik untuk 4 orang. Masa tu AUD 696 untuk 6 malam. Tapi skrg dah mahal nampaknya mungkin, ikut season kot.

Anonymous said...

Salam,

nak tanye skit. ade tak makanan yang jual dlm currumbin wildlife park? kalau xde boleh tak kita bwk makanan halal kita sendiri?
TQ

said...

Waalaikumusalam,
Syed,
Makanan yang simple ada jual. Nak bawak makanan sendiri pun boleh.

Anonymous said...

salam..akak akn gi GC 7may2016.. musim apa yek dan pakaian pe yg sesuai? akak tinggal di Mantra Legend Hotel, boleh masak tak? kalu sewa kereta camne dgn lesen, leh guna kita punya ke?

said...

Waalaikumusalam,

7 May pertengahan musim luruh. Agak sejuk. prepare baju tebal sikit (tapi tak terlalu tebal macam winter). Mantra tu boleh masak kalau akak amik bilik yang ada dapur. Lesen Malaysia mmg valid guna kat sana. Better backup JPJ translation (pegi JPJ mintak translation, kena RM 20)